Makanan
penyebab kanser biasanya tinggi kandungan gula, karbohidrat yang
diproses, pengawet dan hasil sampingan dari menggoreng dan memanggang.
Makanan sebegini juga boleh menyumbang kepada obesiti, kencing manis dan
penyakit jantung.
Minuman Manis
Minuman Manis
Makanan yang tinggi kandungan gula halus seperti minuman manis, soda dan
jus meningkatkan risiko kanser. Individu yang mengambil minuman manis
dengan kerap mempunyai risiko mendapat kanser pankreas dan kolon.
Walaupun gula tidak menukar sel-sel yang sihat menjadi kanser, ia adalah
sumber makanan utama untuk sel-sel kanser dan membantu pertumbuhan
tumor.
Kentang Goreng
Kentang Goreng
Makanan bergoreng meningkatkan risiko seseorang mendapat kanser terutama
jika ia mengandungi minyak hidrogenasi (hydrogenated oil), lemak trans
dan hasil sampingan dari proses menggoreng dipanggil acrylamide.
Acrylamide adalah neurotoksin dan ejen penyebab tumor. Makanan yang
tinggi karbohidrat seperti kentang mudah menghasilkan acrylamide semasa
proses menggoreng. Ia meletakkan banyak porduk kentang seperti french
fries, potato chip dan hash brown di senarai tertinggi makanan penyebab
kanser.
Donut
Donut
Donut adalah salah sejenis makanan utama penyebab kanser. Ia sepatutnya
dalam senarai teratas makanan penyumbang kepada penyakit kanser. Ia
digoreng secara deep fried, mengandungi tahap gula yang tinggi
berdasarkan karbohidrat diproses (refined). Gabungan tepung yang
diluntur, karbohidrat diproses dan proses menggoreng adalah gabungan
terbaik untuk meningkatkan risiko kanser.
Hot Dog
Hot Dog
Daging yang diawet adalah faktor yang diketahui penyebab kanser perut
dan masalah sistem penghadaman. Daging lebih merbahaya apabila bahan
pengawet utama seperti sodium nitrite ditambah ke dalam campuran. Hot
dog sepatutnya dielakkan dengan apa cara sekalipun terutama kepada
mereka yang mempunyai risiko yang tinggi mengidap kanser perut.
Daging Bakar Hangus/Satay
Daging Bakar Hangus/Satay
Apabila daging haiwan dibakar, beberapa toksik terbentuk. Ia sama seperti toksin yang dihasilkan semasa proses pembakaran tembakau dari rokok. Proses memanggang juga menghasilkan acrylamide. Menurut National Cancer Institute (Amerika), kanser kolon, perut dan lain-lain berkaitan dengan pengambilan yang tinggi makanan daging hangus atau yang dipanggang terlalu lama. - Artikel oleh The Secret Medicines
No comments:
Post a Comment