tag:blogger.com,1999:blog-35785402817077263002024-03-23T03:13:36.954-07:00Info PPKPAnonymoushttp://www.blogger.com/profile/08239328322924693389noreply@blogger.comBlogger139125tag:blogger.com,1999:blog-3578540281707726300.post-5568260213039215642014-03-30T21:56:00.001-07:002014-03-30T21:56:31.062-07:00Kempen Anti Denggi Fokus Daerah Petaling Mulai Minggu Ini - Subramaniam
KUALA LUMPUR, 30 Mac (Bernama) -- Kementerian Kesihatan akan memberi
tumpuan kepada daerah Petaling mulai minggu ini dalam usaha mengurangkan
wabak denggi di kawasan berkenaan, kata Datuk Seri Dr S. Subramaniam.
Beliau berkata kes denggi di daerah itu menyumbang kira-kira 60 peratus kepada jumlah keseluruhan di Selangor.
Oleh itu, satu program akan diwujud bagi mencari dan memusnahkan tempat
pembiakan nyamuk Aedes, katanya kepada pemberita selepas melancarkan
kempen 'Zero Dengue' di Flat Taman Sejahtera pada Ahad.
Dr Subramaniam berkata Selangor mempunyai kes demam denggi paling tinggi
iaitu 13,915 dengan jumlah kematian 23 bagi tempoh 1 Jan hingga 29 Mac
tahun ini.
Beliau jumlah itu adalah 56 peratus daripada jumlah keseluruhan kes di
Malaysia iaitu 24,917 kes dengan 58 kematian bagi tempoh sama.
Dr Subramaniam berkata jumlah itu menyaksikan peningkatan sebanyak 308
peratus atau 18,817 kes berbanding tempoh sama pada 2013, yang mencatat
6,100 kes dengan 14 kematian.
"Pada masa yang sama, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya
telah melaporkan sebanyak 2,253 kes demam denggi dengan empat kematian
pada tahun ini," katanya.
Beliau berkata sebanyak 1,073,958 premis diperiksa dan 2,699 kompaun berjumlah RM1,349,500 dikeluarkan sehingga 15 Mac lepas.
Dr Subramaniam juga berkata masyarakat perlu mempunyai kesedaran
berhubung wabak denggi agar langkah proaktif dapat diambil bagi
memusnahkan tempat pembiakan nyamuk Aedes.
"Banyak tempat kita tahu ada pembiakan Aedes misalnya, air bersih yang
bertakung yang berada di dalam dan luar rumah serta bekas-bekas yang
kita tidak sangka ada pembiakan nyamuk Aedes, contohnya tandas, pasu
bunga, parit dan longkang," katanya.
-- BERNAMA
Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/15213464385345994745noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3578540281707726300.post-53471263025016957082014-03-29T22:04:00.000-07:002014-03-30T22:04:21.556-07:00Kadar Obesiti Rakyat Malaysia Semakin Serius - Subramaniam
KUALA LUMPUR, 29 Mac (Bernama) -- Kadar obesiti dalam kalangan rakyat
negara ini semakin serius dan perlu diatasi, kata Menteri Kesihatan
Datuk Seri Dr S. Subramaniam.
Beliau berkata pada 1996, kadarnya mencatat 44.4 peratus namun ia meningkat 15.1 peratus pada 2011 kepada 59.1 peratus.
Katanya peningkatan ini berpunca daripada sikap masyarakat Malaysia
yang sering mengamalkan budaya pemakanan yang kurang sihat dan lebih
banyak duduk daripada bersenam.
"Oleh kerana terdapat pelbagai pilihan makanan, mereka makan dalam
kuantiti yang banyak dalam satu-satu masa sehinggakan tidak mampu untuk
mengawal nafsu makan.
"Mereka juga kerap duduk di atas kerusi selepas makan dan memberi
pelbagai alasan seperti sibuk untuk mengelak daripada melakukan
senaman," katanya ketika merasmikan 'Bulan Nutrisi Malaysia' (NMM) 2014
di sini Sabtu.
Justeru, Dr Subramaniam berkata rakyat perlu mengelak daripada makan
secara berlebihan dan perlu kerap membuat senaman sebagai langkah utama
mencegah masalah obesiti secara berkesan.
Beliau juga mencadangkan supaya orang ramai lebih kerap menggunakan
tangga dan kurangkan penggunaan lift bagi mengurangkan kalori dalam
badan mereka.
Diadakan sejak 2002, NMM merupakan usaha Persatuan Pemakanan Malaysia
(NSM), Persatuan Dietitian Malaysia (MDA), dan Persatuan Kajian Obesiti
Malaysia (MASO) bagi menggalakkan masyarakat mengamalkan gaya hidup sihat.
Sempena NMM, karnival dua hari turut diadakan di Pusat Pameran Mid
Valley yang menawarkan pelbagai perkhidmatan secara percuma termasuk
saringan status pemakanan, pemeriksaan tekanan darah serta kaunseling
tentang pemakanan.
Turut hadir pada majlis perasmian NMM ialah Presiden Persatuan Kajian
Obesiti Malaysia Prof Dr Mohd Ismail Noor dan Presiden MDA Prof Dr
Winnie Chee.
-- BERNAMA
Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/15213464385345994745noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3578540281707726300.post-61272446936179520612014-03-28T22:01:00.000-07:002014-03-30T22:01:45.205-07:00Peranan Aktif Combi Digiatkan, Kekang Penularan Denggi Di Daerah Petaling
PUTRAJAYA, 28 Mac (Bernama) -- Kementerian Kesihatan akan menggiatkan
peranan aktif projek Komunikasi Untuk Perubahan Tingkah Laku (Combi) di
daerah Petaling dalam usaha mengekang penularan wabak denggi di kawasan
itu.
Menterinya Datuk Seri Dr S Subramaniam berkata langkah itu diambil
berikutan daerah Petaling melaporkan kes denggi tertinggi iaitu antara
25 hingga 30 peratus kes di seluruh negara dan 60 peratus untuk kes di
Selangor.
"Pelbagai usaha telah dilakukan oleh kementerian di kawasan terbabit
namun kurangnya penglibatan masyarakat dalam usaha tersebut menyebabkan
kesan yang diberikan tidak begitu baik dan kita melihat adanya keperluan
mengaktifkan semula peranan Combi ini," katanya dalam sidang media di
kementeriannya di sini Jumaat.
Combi adalah pendekatan menggunakan komunikasi bagi mengubah tingkah
laku manusia yang diperkenalkan di Malaysia oleh Pertubuhan Kesihatan
Sedunia (WHO) sejak 2001.
Katanya sehingga 31 Disember tahun lepas, sebanyak 2,668 lokaliti Combi
ditubuhkan di seluruh negara, namun hanya 60 peratus daripadanya yang
masih aktif.
Katanya di kawasan Petaling sahaja, daripada 42 lokaliti Combi yang
ditubuhkan hanya 20 yang masih aktif dan kementerian amat memerlukan
sokongan masyarakat setempat untuk melaksanakan aktiviti pencegahan
denggi.
"Jika kita berjaya di Petaling, model yang sama akan turut diguna
pakai di seluruh kawasan di Malaysia," katanya sambil menambah projek
Combi ini berjaya dijalankan di Taman Paroi Jaya, Seremban, Negeri
Sembilan.
"Kawasan tersebut yang dahulunya kawasan panas pada lima, enam tahun
dahulu, namun sejak dua tahun berturut-turut tidak ada satu kes (denggi)
pun di kawasan tersebut, " katanya.
Sementara itu, Subramaniam berkata trend kes denggi terus menunjukkan
penurunan pada minggu ke-12 (bagi tempoh 16 hingga 22 Mac) di mana
sejumlah 1,666 kes dilaporkan, menurun 12 peratus berbanding minggu
sebelumnya iaitu 1,902 kes.
Sebanyak lima kematian dilaporkan pada minggu lepas iaitu satu di
Perak, dua di Selangor dan masing-masing satu di Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur dan Putrajaya dan Melaka.
-- BERNAMA
Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/15213464385345994745noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3578540281707726300.post-35037173320517939182014-03-26T22:05:00.000-07:002014-03-30T22:05:18.825-07:00Parlimen: 29 Kematian Akibat Denggi Sehingga Feb
KUALA LUMPUR, 26 Mac (Bernama) -- Sebanyak 29 kematian akibat denggi
direkodkan di seluruh negara bagi tempoh dua bulan pertama tahun ini,
kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam.
Beliau berkata bagi tempoh itu 16,383 kes demam denggi dilaporkan di
seluruh negara dengan Selangor mencatatkan jumlah kematian tertinggi
iaitu 11 kematian dan 8,936 kes.
Ini diikuti Johor dengan lima kematian (1,064 kes), Kuala Lumpur dan
Putrajaya tiga kematian (1,561 kes), Perak tiga kematian (1,133 kes),
Pulau Pinang tiga kematian (376 kes) dan Kedah satu kematian (142 kes).
"Negeri Sembilan, Melaka dan Kelantan masing-masing mencatatkan satu
kematian," katanya dalam jawapan bertulis kepada Lim Lip Eng
(DAP-Segambut) di persidangan Dewan Rakyat, hari ini.
-- BERNAMA
Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/15213464385345994745noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3578540281707726300.post-19966847705559759902014-03-22T22:06:00.000-07:002014-03-30T22:06:25.727-07:00Menteri Kesihatan Kecewa Dengan Sikap Masyarakat Basmi Wabak Denggi
KUALA LUMPUR, 22 Mac (Bernama) -- Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S.
Subramaniam kecewa dengan sikap masyarakat yang tidak mengambil bahagian
dalam program menghapuskan tempat pembiakan nyamuk Aedes anjuran
kementerian itu.
Beliau berkata usaha membasmi wabak denggi menerusi program
menghapuskan tempat pembiakan Aedes tidak akan tercapai sepenuhnya tanpa
penglibatan aktif masyarakat di sesebuah kawasan.
Katanya cuaca hujan di beberapa kawasan ketika ini boleh meningkatkan
risiko serangan wabak denggi jika puncanya tidak dibasmi oleh penduduk.
"Selepas hujan, jentik-jentik boleh membiak dan hidup selama enam bulan
di dalam bekas takungan air. Oleh itu penduduk perlu membersihkan
kawasan masing-masing daripada bekas tin kosong dan bekas terbiar,"
katanya.
Dr Subramaniam berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan
program pendidikan tinggi, 'Pathway's', di Universiti Malaya di sini
hari ini.
Mengenai program pendidikan itu, Dr Subramaniam, yang juga Timbalan
Presiden MIC, berkata kerajaan memperuntukkan 1,500 tempat untuk pelajar
kaum India memasuki kolej matrikulasi untuk tahun ini.
Selain itu, katanya peluang dalam bidang kemahiran teknikal juga turut disediakan kepada pelajar kaum India.
Program anjuran Gagasan Pelajar India 1Malaysia dengan sokongan Biro
Pengajian Tinggi Pemuda MIC itu akan diadakan di seluruh negara bermula
hari ini sehingga 2 April ini.
Program berkenaan antara lain bertujuan memberi pendedahan dan khidmat
nasihat untuk membantu pelajar kaum India melanjutkan pelajaran ke
peringkat lebih tinggi.
Untuk maklumat lanjut boleh hubungi 03-40431111 atau melayari www.1mism.org dan www.facebook.com/1mism.
-- BERNAMA
Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/15213464385345994745noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3578540281707726300.post-35662534919818682592014-03-21T22:08:00.000-07:002014-03-30T22:08:19.912-07:00Sembilan Kes Kematian Demam Denggi Dilaporkan Minggu Lepas
KUALA LUMPUR, 21 Mac (Bernama) -- Sembilan kes kematian akibat demam
denggi dilaporkan di empat buah negari dalam tempoh 9 hingga 15 Mac
lepas, menjadikan 53 jumlah keseluruhan kematian sejak Januari lepas.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata kematian terbaru
itu melibatkan enam wanita berumur antara 25 dan 54 tahun serta tiga
lelaki berusia 36 dan 62 tahun serta pelajar berumur 15 tahun.
"Lima kematian dilaporkan di Selangor, Johor (2) dan masing-masing satu di Perak dan Kelantan", katanya dalam kenyataan Jumaat.
Dr Subramaniam berkata kes demam denggi di seluruh negara dilaporkan
meningkat kepada 1,902 bagi tempoh 9-15 Mac iaitu minggu ke-11 kes demam
denggi dipantau, berbanding 1,630 minggu sebelumnya
"Dari Januari hingga 15 Mac 2014 pula, keseluruhan kes demam denggi yang
dilaporkan adalah 21,967, peningkatan 321 peratus atau 16,746 kes
berbanding 5,221 kes bagi tempoh sama tahun lepas", kata Dr
Subramaniam.
Beliau berkata jenis virus serotaip DEN 2 menjadi antara faktor peningkatan kes kematian denggi.
"Jangkitan virus serotaip DEN 2 akan memberi manifestasi klinikal lebih
teruk dan mempunyai risiko komplikasi lebih tinggi berbanding jangkitan
serotaip lain", jelasnya.
Selain itu, beliau berkata 458 lokaliti wabak dilaporkan di 12 negeri
dan daripada jumlah itu, 84 lokaliti melibatkan wabak melebihi sebulan
iaitu dikategorikan sebagai 'tompok panas'.
Sejumlah 70 lokaliti tompok panas adalah di Selangor, iaitu
masing-masing 32 di daerah Hulu Langat dan Petaling, Gombak (5) dan
Klang (1).
Sembilan lokaliti tompok panas lain dikesan di Seremban, Negeri
Sembilan; Kota Baharu, Kelantan (3); dan masing-masing satu di Kepong,
Kuala Lumpur dan Putrajaya dan Melaka Tengah (Melaka).
-- BERNAMA
Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/15213464385345994745noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3578540281707726300.post-16412885951892961592013-12-08T19:26:00.000-08:002013-12-08T19:26:14.847-08:00Khasiat sebiji telur
RAMAI mendakwa makan telur dalam jumlah yang banyak boleh menjejaskan
kesihatan kerana tahap kolesterol yang tinggi. Namun adakah benar fakta
tersebut?
Sebenarnya, mengamalkan memakan telur ayam adalah baik kerana banyak
khasiatnya. Ia adalah makanan asli yang ideal dan diterima sebagai diet
harian manusia di seluruh dunia.
Sejak turun-temurun lagi, telur ayam menjadi makanan menyihatkan dan ubat bagi pelbagai penyakit.
Cara penyediaannya juga mudah. Ia boleh dimasak dengan pelbagai cara
sama ada separuh masak, tiga suku masak, rebus, goreng, sambal, kari dan
sebagainya.
Telur ayam kampung boleh dijadikan penawar atau ubat tradisional bagi
merawat pelbagai penyakit. Permintaannya sangat tinggi kerana ia
mengandungi vitamin dan galian yang mencukupi hasil daripada pemakanan
haiwan tersebut yang asli dan organik, iaitu bebas daripada bahan kimia.
Sebiji telur ayam mengandungi lebih kurang 10 peratus cangkerang, 30
peratus kuning telur dan 60 peratus albumen (mengikut berat).
Kandungan kimia telur ayam, telur itik dan telur puyuh tidak terlalu
berbeza antara satu dengan lain, kecuali kandungan kolesterol telur itik
adalah lebih tinggi sedikit iaitu lebih kurang 16.20 miligram bagi
setiap gram kuning telur.
Bahagian putih telur mengandungi protein albumin yang juga merupakan vitamin larut lemak.
Apa yang agak unik adalah ia mengandungi sejenis lagi protein yang
dipanggil avidin iaitu sejenis bahan antibiotik semula jadi yang amat
berguna untuk melawan jangkitan mikro organisma yang dapat merosakkan
telur tersebut.
Antibiotik ini wujud bersama-sama dengan biotin dan akan musnah
apabila dimasak. Kadar lemak dan kalori dalam telur adalah rendah tetapi
ia kaya dengan sumber protein dan vitamin A.
Bahagian kuning telur merupakan makanan yang mengandungi zat yang berbagai dan seimbang.
Selain kolesterol, ia mengandungi banyak zat-zat makanan yang
penting, antaranya adalah 67 miligram sulfur atau lapan peratus daripada
keperluan seharian. - SYAHRIL
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my
Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/08239328322924693389noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3578540281707726300.post-64749453656051583532013-12-03T01:59:00.000-08:002013-12-03T01:59:11.363-08:0010,000 langkah jauhi diabetes
Sebahagian petugas SJMC menunjukkan
denyutan jantung yang sihat sempena kempen Cabaran 10,000 Langkah, di
Subang Jaya, Selangor baru-baru ini.
Di negara ini, jumlah kes penyakit diabetes telah meningkat sebanyak hampir 230 peratus dalam tempoh 25 tahun.
Pada tahun 2011 sahaja ia meningkat 20.8 peratus dengan andaian 2.5
juta rakyat di negara ini yang berumur 30 tahun ke atas menghidap
diabetes.
Justeru, sempena Hari Diabetes Sedunia baru-baru ini, Pusat
Perubatan Subang Jaya (SJMC) mengadakan Cabaran 10,000 Langkah iaitu
kempen berjalan sebanyak 10,000 langkah dalam satu hari.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dr. Vasuhi Murugiah berkata, matlamat
kempen adalah menggalakkan rakyat Malaysia mengamalkan cara hidup sihat
melalui aktiviti yang menyeronokkan sebagai cara untuk menjauhi
diabetes.
"Diabetes bukan sahaja melibatkan cara pemakanan atau diet, tetapi
gaya hidup yang sihat juga memainkan peranan yang besar dalam mencegah
penyakit ini.
"Satu penyelidikan telah menunjukkan bahawa dengan berjalan 10,000
langkah setiap hari, kualiti kesihatan dapat ditingkatkan kerana
berjalan dapat membina stamina, membakar kalori berlebihan di dalam
badan dan juga menjamin kesihatan jantung," katanya.
Dr. Vasuhi berkata, amalan hidup yang sihat harus dijadikan rutin
kerana dapat membantu mencegah penambahan berat badan dan mengurangkan
risiko pelbagai masalah kesihatan lain yang disebabkan oleh gaya hidup
yang tidak sihat.
Berjalan katanya, adalah perkara asas yang boleh dilakukan di
mana-mana sahaja. Pergerakan serta kelajuan setiap individu dapat
disesuaikan mengikut keselesaan masing-masing.
Dalam pada itu Pengurus Perkhidmatan Diabetes SJMC, Yong Lai Mee,
berkata, digalakkan pesakit diabetes jenis 2 untuk bersenam selama 30
minit setiap hari.
"Diabates sering dikaitkan dengan diet yang tidak sihat, tetapi kita
sering mengabaikan kepentingan senaman sebagai salah satu cara untuk
mencegah daripada pelbagai penyakit.
"Kami menjalankan Cabaran 10,000 Langkah ini untuk menunjukkan bagaimana senaman boleh dipraktikkan dalam rutin mereka.
"Cabarannya sangat mudah. Hanya menggunakan aplikasi Accupedo, ia
sudah memadai untuk mereka menyertai cabaran ini dan berpeluang
memenangi hadiah menarik," tambah Lai Mee.
Sementara itu permulaan yang menarik bagi kempen Cabaran 10, 000
Langkah ini adalah menerusi tarian flash mob yang telah dipersembahkan
pada hari pelancaran kempen tersebut.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my
Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/08239328322924693389noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3578540281707726300.post-74918637322603855022013-10-27T16:52:00.001-07:002013-10-27T16:52:39.513-07:00Penyakit kelamin
Oleh KHAIRUNNISA SULAIMAN
nisa.sulaiman@utusan.com.my
MINI, 19, mendapatkan rawatan doktor setelah
mulutnya dijangkiti kudis yang teruk. Pada mulanya Mini enggan
memberitahu hal sebenar tetapi apabila diasak dengan pelbagai soalan
barulah remaja ini membuka rahsia.
Katanya bagi mengekalkan dara, dia sering melakukan seks oral dan seks anal dengan pasangan.
Malah remaja berkenaan juga mengaku sering bertukar pasangan atas alasan tidak cool jika kekal dengan satu pasangan saja.
Katanya, ini adalah trend baru dalam kalangan remaja yang ingin mengekalkan dara untuk suami masing-masing.
Nampaknya semakin maju negara, semakin banyak masalah sosial yang
melanda. Mujurlah sehingga kini rakyat Malaysia masih menjunjung agama,
kesusilaan dan adat-resam.
Bagaimanapun ancaman gejala sosial kini semakin melingkungi generasi Y iaitu anak-anak muda sekarang.
Jika tidak dibendung, dikhuatiri pelbagai masalah sosial sehingga
membawa penyakit akan menghinggapi golongan ini khususnya remaja
perempuan.
Menurut Pakar Runding Obstetrik dan Ginekologi, Pusat Perubatan Kelana Jaya, Petaling Jaya, Dr. Dharmini Veerakumaran,
masalah sosial bermula dengan pendidikan seks yang lemah, pendedahan
yang melampau kepada Internet tanpa kawalan, kurangnya kawalan ibu bapa
dan penglibatan guru di sekolah.
"Ini menyebabkan remaja sering terjebak dalam seks di bawah umur
kerana mereka tidak diberikan penerangan yang betul mengenainya,"
katanya.
Dr. Dharmini menambah, kini kanak-kanak seawal 5 tahun telah didedahkan dengan dunia tanpa sempadan.
"Malah anak yang belum tadika sudah pandai dan bebas menggunakan iPad
dan tablet, mencari maklumat dalam Internet yang boleh diakses di
tempat awam. Dalam usia begini, mereka tidak dapat memilih mana yang
benar dan salah. Ada kalanya mereka terbabas ke laman porno," katanya.
Dalam hal ini, tegas beliau, peranan ibu bapa penting dalam
memberikan bimbingan kepada anak-anak ketika mencari maklumat di
Internet. Ibu bapa juga perlu sering berkomunikasi dengan anak-anak dan
bertanya ke mana anak-anak sering pergi dan apa yang mereka lakukan.
Dr. Dharmini berkata, guru juga perlu memainkan peranan dengan mengambil berat apa yang berlaku kepada murid mereka.
"Jika tidak anak-anak ini akan berpaling kepada kawan-kawan yang boleh memberikan pengaruh yang tidak elok," katanya.
Apabila keadaan tidak terkawal, remaja terutama perempuan akan
terdedah kepada pelbagai masalah sosial seperti seks di usia muda dan
mempunyai banyak pasangan seks.
Mereka bukan saja terdedah kepada penyakit kelamin tetapi juga boleh merebakkan penyakit kepada orang lain.
Remaja perempuan ini akan terdedah kepada penyakit kelamin seperti herpes yang menyebabkan kudis di bahagian badan.
Mereka yang sering bertukar pasangan juga terdedah kepada virus human
papillomavirus (HPV) meningkatkan kebarangkalian kanser serviks.
Remaja ini juga jelas Dr. Dharmini juga terdedah kepada hepatitis B
dan C serta HIV akibat sering bertukar pasangan serta pasangan yang
mempunyai ramai pasangan lain.
Mereka juga terdedah kepada bakteria dan fungus yang menyebabkan
pelbagai penyakit kelamin kerana sering bertukar pasangan dan tidak
menjaga kebersihan.
Apa yang menyedihkan perkara sebegini telah mula menjadi gaya hidup
apabila terdapat gadis remaja yang melakukan seks luar tabii semata-mata
untuk menyimpan dara mereka.
Dr. Dharmini berkata, sebenarnya bukan hanya dara saja penting tetapi seluruh tubuh, mental dan fizikal.
Ujian HIV yang dilakukan ke atas calon pengantin Islam perlu diperluaskan tanpa mengira bangsa dan agama.
"Ini bukan saja dapat melahirkan generasi yang sihat tetapi juga mengelakkan penyakit berkaitan kelamin merebak.
"Bakal pengantin juga perlu menghadiri kursus perkahwinan sebagai
satu cara untuk menyiapkan diri dalam alam perkahwinan," katanya.
Selain itu jelas Dr. Dharmini, pesakit perlu menjalani rawatan supaya penyakit yang dihidapi tidak merebak.
Apa yang penting katanya, remaja perlu mengelakkan melakukan seks
sebelum nikah sama ada seks tabii atau luar tabii bagi menghalang
pelbagai masalah sosial seperti pembuangan bayi dan yang paling
berbahaya perebakan penyakit kelamin.
Remaja juga perlu dididik mengenai bahaya mempunyai banyak pasangan seks demi kesihatan fizikal, mental dan masa depan mereka.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my
Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/08239328322924693389noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3578540281707726300.post-11128471459957746302013-10-27T16:32:00.003-07:002013-10-27T16:32:47.985-07:00Pekerja asing punca meningkatnya kes penyakit berjangkit
Oleh ZULKIFLI MANZOR
zulkifli.manzor@kosmo.com.my
KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan mengenal pasti kebanjiran
pekerja asing merupakan punca kepada peningkatan kes penyakit berjangkit
terutamanya tibi, malaria, hepatitis B, sifilis dan kusta di negara
ini.
Menteri Kesihatan, Datuk S. Subramaniam (gambar kecil) berkata,
perkara itu terbukti apabila seramai 78,000 atau tiga peratus daripada
lebih 1.3 juta pekerja asing yang diperiksa tahun lalu didapati
mempunyai penyakit-penyakit terbabit.
“Sebagai contoh, kebanjiran pekerja asing menyebabkan penyakit tibi
meningkat daripada 63 kes daripada setiap 100,000 populasi pada tahun
2008 kepada 71 kes daripada setiap 100,000 populasi pada 2012.
“Pada 2011, sebanyak 20,000 kes telah dilaporkan berlaku dan telah menyebabkan sebanyak 1,600 kematian,” katanya.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my
Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/08239328322924693389noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3578540281707726300.post-61345460512109033352013-10-21T17:17:00.000-07:002013-10-21T17:17:12.928-07:00Bahana makanan tercemar
Oleh RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAH
adawiyah.koh@utusan.com.my
Peralatan pisau dan papan pemotong
juga sepatutnya berasingan antara makanan mentah dan yang sudah dimasak.
Seterusnya ialah penggunaan bekas yang berbeza bagi mengelak daripada
berlakunya pencemaran bersilang. - gambar hiasan.
SEPANJANG minggu ini, anda masih lagi berada dalam suasana kemeriahan
menyambut Aidiladha dan memenuhi undangan majlis kahwin. Sambil
meneruskan tradisi saling mengunjungi, ketika inilah kesempatan turut
diambil untuk menjamu selera dengan pelbagai hidangan tersedia.
Perkara penting yang perlu diberi perhatian adalah bahaya yang
mungkin menjelma jika tiada batasan dan kawalan dalam menikmati
hidangan.
Ini kerana, keracunan makanan khususnya pada musim perayaan boleh berlaku jika perkara ini dipandang remeh.
Kes keracunan terbaru membabitkan kematian empat tetamu yang
menikmati juadah pada majlis kahwin sepasang pengantin baharu di Kampung
Huma, Tanjung Dawai, Yan, Kedah pada 28 September lalu.
Dalam pada itu, 270 tetamu yang lain ditahan di beberapa buah
hospital berdekatan kerana masalah yang sama setelah menikmati lauk
kenduri yang dihidangkan.
Pengarah Jabatan Kesihatan Kedah, Dr. Ismail Abu Taat berkata,
siasatan awal yang dijalankan mendapati bekalan ayam mentah yang
digunakan sebelum itu tidak disimpan dengan baik dan hanya dibiarkan
dalam keadaan suhu bilik.
Beliau berkata, keadaan tersebut menyebabkan ayam berkenaan dicemari bakteria.
Punca
Kes ini sebenarnya membuka mata orang ramai tentang bahana makanan
tercemar dan tidak lagi mengambil mudah tentang masalah keracunan
makanan.
Menurut Pakar Gastroentrologi dan Hepatologi Pusat Perubatan
Tropicana, Dr. Dennis Khoo Yeap Teng, Keracunan makanan adalah kejadian
normal. Keracunan makanan menyebabkan gangguan gastrousus kepada
seseorang setelah mengambil makanan atau minuman yang tercemar.
Makanan dikatakan tercemar apabila ia mengandungi bahan-bahan tidak
sepatutnya seperti kuman patogen yang boleh menyebabkan jangkitan
penyakit seperti bakteria, fungsi (kulat dan yis), parasit serta virus.
Antara makanan yang mudah dicemari oleh bakteria, keju, mentega,
daging burger, susu, telur, daging, ayam dan hasil laut," katanya.
Agen-agen lain adalah toksin atau kimia beracun (seperti racun serangga,
racun rumpai, bahan pencuci kimia, aditif makanan seperti pengawet
berlebihan)," katanya.
Oleh itu, orang ramai perlu mengesan tanda atau gejala awal masalah ini.
Tambah Dr. Dennis, biasanya mangsa akan mula mengalami muntah-muntah,
sakit perut, cirit-birit, rasa loya, sakit kepala dan demam (berpeluh).
Mereka yang mengalami gejala tersebut, perlu mendapatkan rawatan
segera kerana sebarang kesilapan boleh memungkinkan risiko maut.
Pun begitu, beliau menjelaskan kes kematian akibat keracunan makanan adalah jarang berlaku dan boleh dielakkan.
Rawatan
Bagi memastikan keracunan makanan tidak berlaku, Dr. Dennis menasihatkan orang ramai mengutamakan kebersihan.
Caranya mudah iaitu membersihkan tangan dengan bersih sebelum menyentuh makanan dan membasuh tangan selepas menggunakan tandas.
Peralatan makanan juga perlu sentiasa bersih agar tiada kuman yang
masih aktif. Kawasan penyediaan makanan juga harus bersih daripada
sebarang kekotoran," katanya.
Tambah Dr. Dennis, bagi keracunan ringan, pesakit digalakkan
mengambil garam rehidrasi yang dilarutkan ke dalam air untuk menampung
kehilangan cecair tubuh.
Minuman isotonik antara penyelesaian segera yang boleh dicuba. Jika
muntah sedikit, biarkan sahaja kerana ia mengeluarkan kuman dan racun.
Jika muntah berterusan, pesakit akan diberikan ubat tahan muntah.
Selalunya keracunan ringan akan reda dengan sendirinya dalam masa sehari
dua.
Jika melarat, pesakit mungkin terpaksa ditahan di hospital untuk
dimasukkan garam salina dan glukos melalui rehidrasi intravena yang
disuntik ke dalam pembuluh darah," ujarnya.
Tambah beliau, keracunan makanan boleh menyebabkan komplikasi
kehilangan cecair badan ketara akibat muntah dan cirit-birit hingga
menyebabkan dehidrasi atau tubuh kontang teruk. Ini seterusnya akan
menurunkan tekanan darah (tekanan darah rendah), kegagalan buah
pinggang, renjatan dan koma yang boleh menjurus kepada kematian.
Di samping itu, kehilangan garam kalium yang terlalu banyak daripada
tubuh mengakibatkan kekejangan otot termasuk jantung, sawan dan juga
koma. Komplikasi lain termasuk septisemia di mana kuman masuk ke dalam
darah dan merebak ke seluruh badan.
Amalkan lihat, hidu, rasa
Orang ramai turut dinasihatkan mengamalkan tiga langkah keselamatan:
lihat, hidu, rasa sebelum menikmati makanan terutama pada majlis
tertentu, premis makanan dan kantin sekolah.
Naib Presiden Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia
(PPPKAM), Dr. Othman Warijo berkata, langkah dan kempen oleh Kementerian
Kesihatan amat penting bagi mengelakkan kes keracunan makanan terutama
yang membawa maut.
Langkah ini walaupun nampak remeh tetapi masa beberapa minit
mengamalkannya adalah berbaloi bagi mengelak keracunan atau kejadian
lebih malang seperti kematian akibat makanan tercemar.
Lihat dulu rupa fizikal makanan jika terdapat kelainan seperti kuah
melekit atau sebagainya. Apabila fizikal makanan itu baik, maka hidu
pula baunya jika terdapat bau basi, seterusnya rasa sedikit dan jika
yakin ia segar, boleh makan atau jika sebaliknya tinggalkan makanan
tersebut," katanya.
Dr. Othman memberitahu, waktu paling kritikal dan berisiko untuk
bahan makanan dicemari oleh bakteria atau virus adalah sewaktu holding
time iaitu selepas dimasak hinggalah sehingga waktu untuk dimakan.
Ini kerana makanan yang telah siap dimasak tidak semestinya dimakan
dalam waktu terdekat, jika jarak waktu makanan dimasak dan dimakan
adalah lama, maka risiko untuk makanan tercemar adalah sangat tinggi,"
katanya.
Perkara itu terjadi kerana ketika dimasak pada suhu 100 darjah
Celcius atau lebih, masih ada bakteria atau virus yang kebal kepada suhu
masih aktif dan jika tidak disimpan dengan betul, kuman-kuman akan
membiak apabila suhu makanan semakin menurun.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my
Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/08239328322924693389noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3578540281707726300.post-71744920537898888572013-10-13T18:27:00.000-07:002013-10-13T18:27:13.332-07:00Sakit jantung mengancam wanita
Oleh RAJA INTAN DIANNA RAJA AZAHAM
dianna.azaham@utusan.com.my
SETIAP seorang daripada tiga orang wanita di
dunia akan mengalami masalah jantung dalam hidup mereka, berdasarkan
kajian, baru-baru ini.
Pembunuh nombor satu wanita di dunia bukanlah kanser payu dara mahupun kanser pangkal rahim, tetapi penyakit jantung.
Menurut Persekutuan Jantung Dunia, seramai 17.3 juta orang meninggal
dunia setiap tahun akibat sakit jantung dan 8.6 juta daripadanya ialah
wanita.
Fakta ini mungkin mengejutkan ramai orang kerana stigma penyakit jantung sering dikaitkan dengan golongan lelaki sahaja.
Walhal golongan wanita dan lelaki mempunyai risiko yang sama untuk mendapat penyakit jantung.
Ia lalu membuatkan wanita kurang peka terhadap simptom-simptom yang
dihidapi yang sebenarnya berkemungkinan menandakan masalah jantung
kerana tidak pernah menyangka sakit jantung akan mengancam mereka.
Pakar Perubatan dan Pakar Kardiologi Pusat Perubatan Tropicana (TMC),
Dr. Haizal Haron Kamar mengakui kesedaran golongan wanita terhadap
ancaman sakit jantung agak kurang kerana stigma ia masalah lelaki.
"Statistik di Amerika Syarikat sejak 1984 menunjukkan lebih ramai
wanita yang maut akibat sakit jantung berbanding lelaki setiap tahun.
"Simptom sakit jantung di kalangan wanita sedikit berbeza dengan lelaki menyebabkan ramai yang salah faham ia masalah lain.
"Survival pesakit jantung wanita kurang berbanding lelaki kerana
kebanyakannya lambat ke hospital," ujarnya bersempena Hari Jantung
Sedunia, baru-baru ini.
Lepas putus haid Wanita yang sudah putus haid merupakan golongan yang paling perlu berhati-hati dengan masalah penyakit jantung.
Ujar Dr. Haizal, ini kerana keistimewaan wanita yang mempunyai hormon
tertentu seperti estrogen yang boleh mencegah wanita daripada ancaman
sakit jantung hilang apabila putus haid.
"Golongan wanita berdepan dengan penyakit jantung 10 hingga 15 tahun lebih lewat daripada lelaki.
"Kalau lelaki mendapat sakit jantung ketika berusia 50 hingga 55 tahun, wanita pula ketika 65 hingga 70 tahun," ujarnya.
Simptom sakit jantung juga sedikit berbeza dengan lelaki.
Tambahnya, kesedaran terhadap ancaman penyakit jantung terhadap
wanita kurang mungkin disebabkan publisiti kanser payu dara dan kanser
pangkal rahim yang lebih hebat.
Ini berkemungkinan kerana kanser tersebut lebih banyak menyerang
wanita muda, ketika mereka di puncak hidup manakala sakit jantung pula
kebiasaannya menyerang mereka yang lebih tua.
"Namun golongan lebih muda menghidap sakit jantung koronari juga
semakin bertambah atas sebab gaya hidup yang tidak dijaga," ujarnya.
Simptom Wanita selalunya mengalami simptom masalah jantung koronari yang berbeza daripada lelaki.
Antaranya, sakit atau rasa tidak selesa pada bahagian dada, lengan
kiri atau belakang, degupan jantung pantas yang luar biasa, sukar
bernafas, loya dan keletihan.
Simptom yang paling biasa ialah angina pectoris or angina.
Angina merupakan sakit di bahagian dada. Ia sering digambarkan rasa
tidak selesa atau ketat pada bahagian dada, kekebasan dan pedih hulu
hati.
Ia sering disalah-erti sebagai pedih ulu hati atau ketakcernaan
membuatkan ramai yang tidak sedar ia sebenarnya tanda penyakit jantung
lalu tidak segera merujuk dengan doktor pakar.
Simptom lain yang perlu diberi perhatian ialah debaran jantung yang tidak sekata, pening dan berpeluh yang teruk.
Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/08239328322924693389noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3578540281707726300.post-34074272667595877872013-10-06T00:03:00.001-07:002013-10-06T00:03:22.161-07:00Lihat, hidu, rasa elak keracunan makanan
KUALA LUMPUR - Orang ramai dinasihat mengamalkan tiga langkah
keselamatan iaitu lihat, hidu dan rasa sebelum menikmati makanan
terutama pada majlis tertentu, premis makanan dan kantin sekolah.
Naib Presiden Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia, Dr.
Othman Warijo berkata, ia penting bagi mengelak berlaku kes keracunan
makanan hingga menyebabkan kematian.
"Langkah tersebut walaupun nampak remeh tetapi tempoh beberapa minit
mengamalkannya adalah berbaloi bagi mengelak keracunan atau kejadian
lebih malang seperti kematian akibat makanan tercemar," katanya di sini
semalam.
Menurut beliau, kebanyakan pihak biasanya menyalahkan pengendali atau
penyedia makanan tetapi pada masa sama orang ramai mengabaikan langkah
keselamatan sebelum menjamu selera.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my
Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/08239328322924693389noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3578540281707726300.post-4293097244312011782013-09-30T23:14:00.001-07:002013-09-30T23:14:50.729-07:00Tiga maut keracunan makanan
Oleh SAFINA RAMLI, OPAT RATTANACHOT, SHAHNI FARHANA MAT SAHIR dan ABD. RAZAK OSMAN
utusankedah@utusan.com.my
Dua daripada mangsa keracunan makanan menerima rawatan di Hospital Yan, Kedah, semalam.
JERAI 30 Sept. - Tiga maut, tiga kritikal
manakala 59 yang lain dimasukkan ke hospital ekoran keracunan makanan
selepas menghadiri majlis perkahwinan di Kampung Huma, Tanjung Dawai,
Merbok, Kedah pada Sabtu lalu.
Nurshazana Mohd. Rashid, 24, meninggal dunia di rumahnya di Kampung
Tempoyak, Bedong pada pukul 1 petang hari ini manakala Mohd. Nor Rahmat
Yusof, 11, dari Kampung Singkir Laut maut ketika mendapat rawatan di
Hospital Yan.
Mangsa ketiga, Ibrahim Mohammad, 62, dari Kampung Huma meninggal
dunia pada pukul 6.30 petang di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai
Petani.
Kesemua mangsa dirawat di Hospital Yan dan Hospital Sultan Abdul Halim.
Mereka dipercayai memakan ayam masak merah yang dimasak secara
gotong-royong oleh penduduk kampung pada majlis perkahwinan berkenaan.
Pengarah Jabatan Kesihatan negeri, Dr. Ismail Abu Taat berkata, ketiga-tiga mereka meninggal dunia disebabkan mengalami kekurangan air yang teruk kerana keracunan makanan.
"Mangsa lewat mendapat rawatan kerana mereka tidak ke hospital dengan
segera selepas mengalami cirit-birit dan keracunan makanan.
"Saya ingin nasihatkan mereka yang telah menghadiri kenduri tersebut
segera mendapatkan rawatan jika mengalami tanda-tanda keracunan
makanan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Dalam pada itu menurut ibu Mohd. Nor Rahmat, Che Norma Khalid,
45, anak tunggal lelaki daripada lima beradik itu menghadiri majlis
kenduri kahwin tersebut bersama suaminya, Yusof Ariffin, 50, yang turut
mengalami sakit perut, namun tidak serius.
"Selepas balik dari rumah kenduri, anak saya belum rasa sakit, dia mula rasa pada waktu malam dan hari ini lebih teruk.
"Kami bawa dia ke Hospital Yan pagi tadi selepas mendapati dia tidak
sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 1 petang,"
katanya ketika ditemui.
Che Norma berkata, murid tahun lima Sekolah Kebangsaan Singkir itu dikatakan makan nasi bersama ayam masak merah.
Sementara itu sepupu Nurshazana, Hairul Azhar Harun, 33,
berkata, mangsa mula berasa sakit perut setelah pulang daripada kenduri
tersebut dan sakitnya bertambah teruk pada hari Ahad sehingga dia enggan
keluar dari bilik.
"Kami ingat hari ini nak bawa dia (Nurshazana) ke klinik tetapi pagi
tadi dia pengsan dalam keadaan tertiarap dalam bilik dan kira-kira pukul
12.45 tengah hari disahkan meninggal dunia.
"Ibu dan adik-adiknya ada juga rasa sakit tetapi tidaklah seteruk dia," katanya.
Dalam pada itu, tuan rumah majlis perkahwinan tersebut, Yusuf Ahmad,
55, tidak menyangka acara perkahwinan anak keduanya bertukar menjadi
tragedi apabila tiga orang jemputan meninggal dunia dipercayai akibat
keracunan makanan.
Beliau berkata, pihaknya hanya menghidangkan ayam masak merah, gulai
ikan talang, kerabu pucuk paku dan sambal ikan bilis bersama kacang yang
dimasak secara bergotong-royong bersama penduduk kampung.
"Yang masak sebahagian daripada makanan itu kakak saya, Solehan Harun
dibantu saudara-mara yang lain, saya tidak sangka kes seumpama ini
boleh berlaku," katanya ketika ditemui.
Menurutnya, kira-kira 2,000 orang diundang menghadiri majlis
perkahwinan anak perempuannya, Haslina Yusuf, 22, dan pasangan, Mohd.
Fauzan Zakaria, 26.
"Saya amat terkejut bila mengetahui ada kalangan mereka yang makan
kenduri itu alami cirit-birit dan muntah, termasuk dalam kalangan
anggota keluarga sendiri," katanya.
Yusuf berkata, isterinya, Fauziah Nawawi, 40, dan dua anak mereka turut menerima rawatan di Hospital Yan akibat peristiwa itu.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my
Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/08239328322924693389noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3578540281707726300.post-64555462874076229312013-09-26T15:57:00.001-07:002013-09-26T15:57:07.200-07:00Awasi garam dalam makanan
JADI para pengguna dinasihatkan berhati-hati ketika menggunakan
penyedap makanan ini kerana apa jua yang tertera sodium di bahagian
kandungan, bahan itu merupakan garam.
Bagi mereka yang tidak peka atau kurang prihatin dengan penyakit
darah tinggi, lihatlah data Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan
(NHMS) 2006 bahawa penyakit itu lebih berisiko kepada golongan dewasa
berusia 30 tahun ke atas terutama warga emas.
Menurut Presiden Persatuan Hipertensi Malaysia, Datin Dr. Chia Yook Chin, peratusan
penghidap penyakit darah tinggi di negara ini juga bertambah sebanyak
30 peratus sejak 2006 dengan anggaran 4.8 juta individu menghidap
penyakit itu ketika ini.
Tambah beliau, jumlah tersebut tinggi ekoran amalan gaya hidup serta budaya pemakanan yang tidak sihat.
"Jika dilihat daripada statistik terkini, sebenarnya dua per tiga
daripada jumlah ini tidak menyedari bahawa mereka menghidap penyakit
darah tinggi.
"Apa yang lebih membimbangkan, jumlah tersebut dijangka meningkat dua kali ganda pada 2025.
"Jadi, disarankan agar setiap anggota masyarakat menjalani
pemeriksaan kesihatan setiap tahun dalam usaha mengetahui badan bebas
daripada penyakit,"ujarnya pada sidang akhbar sempena kursus ketahanan
hipertensi di Pusat Perubatan Sime Darby di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Tambah beliau, pemeriksaan awal penting dan sekiranya seseorang itu
didapati mempunyai penyakit, rawatan awal bukan sahaja mampu
menyelamatkan nyawa malah juga dapat mengurangkan berlakunya strok.
Hari ini dengan pelbagai teknologi canggih yang ada dan ditambah pula
dengan pelbagai kajian, pelbagai rawatan juga mampu diberikan kepada
pesakit.
Bukan itu sahaja, pelbagai jenis ubat juga telah dicipta dalam usaha
membendung pelbagai penyakit yang 'menyerang' masyarakat hari ini.
Yook Chin turut menasihati mereka yang mempunyai penyakit darah
tinggi agar sentiasa mengambil ubat tepat pada masanya dan sentiasalah
berkomunikasi dengan doktor masing-masing dalam usaha mengetahui tahap
kesihatan dari semasa ke semasa.
Ini kerana sekiranya pesakit tidak mengambil ubat mengikut seperti
yang diarahkan penyakit yang sedia ada akan menjadi bertambah teruk
malahan akan merebak ke bahagian lain.
Penyakit ini akan menjadi bertambah teruk sekiranya pesakit mempunyai
penyakit lain seperti kencing manis, kolestrol tinggi, dan tidak
ketinggalan kepada mereka yang merokok.
Berbicara lanjut mengenai penyakit darah tinggi ini, jelas Yook Chin,
sebenarnya pengambilan garam yang tinggi dalam makanan antara salah
satu penyebab utama darah tinggi.
Penyebab-penyebab lain yang mampu mengundang penyakit darah tinggi
ialah faktor umur, berat badan berlebihan, dan kurang senaman.
Namun apa yang pasti katanya, punca sebenar kepada penyakit darah tinggi tidak diketahui.
Dalam majlis itu juga, pasukan perubatan daripada pusat perubatan
tersebut memperkenal teknologi dan kaedah terkini dalam merawat
hipertensi yang digelar OneShot Renal Denervation System.
Kaedah rawatan itu telah digunakan pakai di Eropah dan Malaysia merupakan negara pertama menggunakannya di rantau ini.
Dalam pada itu, Yook Chin menyeru penggiat industri makanan terutama
pengusaha restoran turut membantu menangani masalah penyakit darah
tinggi ini dengan mengurangkan penggunaan garam dalam hidangan mereka.
"Sewajarnya mereka perlu ada pengetahuan mengawal penggunaan garam
dalam penyediaan makanan dan menggunakan bahan perisa asli yang lebih
berkhasiat tanpa menjejaskan keenakan hidangan yang disediakan.
"Pada masa yang sama, masyarakat turut diseru agar menjalani gaya
hidup yang lebih sihat dengan melakukan senaman setiap hari kerana apa
yang membimbangkan keadaan atau situasi hari ini (sakit) dilihat semakin
teruk," katanya sebelum mengakhiri bicara. - MARIATUL QATIAH ZAKARIA
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my
Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/08239328322924693389noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3578540281707726300.post-91691152115940215272013-09-15T20:28:00.001-07:002013-09-15T20:28:25.616-07:00Jaundis bayi undang risiko
Bayi-bayi yang memerlukan rawatan
fototerapi perlu berbaring tanpa pakaian atas katilnya dan dipancarkan
cahaya biru dari lampu. - Gambar hiasan
Soalan
SAYA baru melahirkan anak tiga hari yang lepas.
Adakah jaundis biasa dihidapi oleh bayi baru lahir? Bagaimana merawat
jaundis? Bagaimana saya tahu jika bayi saya menghidapi jaundis? Adakah
jaundis berbahaya?
- Ibu bimbang, Cheras
- Jawapan
Jaundis adalah masalah yang kerap dialami oleh bayi baru lahir. Jika
bayi anda mengalami jaundis, anda tidak perlu risau, tetapi adalah baik
bagi anda memberitahu pakar pediatrik anda, terutamanya jika abdomen
atau kaki bayi anda kelihatan kuning. Jika bayi anda berkulit gelap,
mata putihnya, tapak tangan atau kakinya akan berwarna kuning.
Punca
Jaundis terjadi pada bayi yang sihat apabila darahnya mengandungi
bilirubin yang berlebihan. Bilirubin ialah satu bahan kimia yang
dihasilkan semasa penguraian normal sel darah merah. Bayi yang baru
lahir cenderung mempunyai tahap bilirubin yang lebih tinggi sebab mereka
mempunyai sel darah merah tambahan yang mengangkut oksigen dan didapati
kadang-kala hepar mereka yang masih baru tidak boleh memetabolismekan
bilirubin yang berlebihan itu. Apabila tahap bilirubin meningkat lebih
daripada normal, kekuningan jaundis akan bergerak dari kepala ke bawah,
ke tengkuk, dada dan dalam kes teruk, ia akan sampai ke jari-jari kaki.
Jaundis seperti ini yang dikenali sebagai jaundis fisiologi, selalunya
tidak menyebabkan kerosakan pada bayi yang sihat (berbeza daripada jenis
yang lebih serius dan luar biasa yang disebabkan oleh penyakit hepar
atau penyakit resus).
Dalam keadaan yang sangat jarang berlaku, bayi baru lahir yang
menghidapi jaundis akan mengalami kerosakan sistem saraf tetapi ini
berlaku hanya apabila bilirubin berada pada tahap yang terlalu tinggi.
Kira-kira 50 peratus bayi yang dilahirkan cukup bulan akan mengalami
jaundis pada hari kedua atau ketiga selepas kelahiran. Pada kebiasaannya
jaundis akan hilang selepas seminggu. 80 peratus bayi tidak cukup bulan
akan menghidapi jaundis di antara lima hingga tujuh hari selepas
kelahiran. Biasanya ia akan hilang dua bulan selepas kelahiran.
Merawat Jaundis
Jika anda menyusukan bayi, anda perlu menyusu bayi dengan kerap. Anda
mungkin perlu mengejutkan bayi anda daripada tidur untuk menyusukannya.
Masa ini anda akan perlukan banyak rehat, air mencukupi, makanan dan
sokongan yang banyak.
Jika bayi anda diberikan susu badan, dia tidak perlu diberikan
sebarang cecair lain seperti susu formula atau air sebab penyusuan ibu
yang kerap akan memulihkan jaundis.
Jika bayi anda menghidapi jaundis yang teruk atau kelihatan tidak
sihat, doktor mungkin menjalankan ujian darah pada bayi anda untuk
mengukur aras bilirubinnya. Doktor juga perlu melihat punca jaundis jika
ia bermula selepas tujuh hari atau berlarutan sehingga lebih 14 hari.
Sesetengah bayi mungkin memerlukan rawatan fototerapi. Jadi, bayi
anda perlu berada di hospital dan lampu cahaya biru akan diletakkan di
katilnya. Cahaya ini akan membantu memecah bilirubin berlebihan supaya
hepar dapat membuangnya. Kesan sampingan fototerapi termasuklah ruam dan
cirit-birit tetapi ini penting untuk penguraian bilirubin.
Bayi-bayi yang memerlukan rawatan fototerapi perlu berbaring tanpa
pakaian atas katilnya dan dipancarkan cahaya biru dari lampu. Ini akan
menjejaskan penyusuan ibu dan pertalian ibu dengan bayinya. Satu
alternatif selain fototerapi tradisional adalah terapi gentian optik.
Bayi anda akan dibalut dengan selimut khas yang mempunyai gentian optik,
yang menyebabkan cahaya kecil bersinar terus pada kulit bayinya. Bagi
rawatan ini anda masih boleh mendakap dan menyusu bayi anda. Namun
begitu, rawatan gentian optik tidak efektif seperti fototerapi
tradisional pada bayi yang dilahirkan cukup bulan. Pengalaman setempat
juga menunjukkan bahawa kadang-kala rawatan gentian optik menjadi
terlalu panas untuk bayi pramatang. Namun begitu, apabila digunakan
bersama fototerapi tradisional, rawatan gentian optik adalah yang paling
efektif bagi bayi menghidapi jaundis. Ada juga terdapat kes jaundis
disebabkan jangkitan dan ini memang perlu dirawat.
Bayi yang mempunyai penyakit resus mudah menghidap jaundis. Tetapi
penyakit ini amat jarang berlaku. Wanita hamil akan selalu membuat
pemeriksaan darah untuk mengelakkan resus dan anda akan tahu jika anda
resus negatif. Darah bayi anda juga akan diperiksa dan suntikan anti-D
akan diberikan semasa kelahiran. Ada juga berlaku (walaupun amat jarang)
bagi bayi yang menghidapi jaundis akibat penyakit resus, dirawat
melalui pemindahan darah.
Ujian
Pakar-pakar mencadangkan ujian ringkas di rumah untuk memeriksa
jaundis. Dapatkan bilik yang mempunyai cahaya secukupnya dan tekan
dengan perlahan pada hidung atau dahi bayi anda; jika terdapat warna
kuning pada kulit semasa tekanan dilepaskan, hubungi ahli pediatrik
anda. Teknik ini amat bagus bagi kanak-kanak yang berkulit cerah; jika
bayi anda berkulit gelap, caranya adalah dengan memeriksa warna
kekuningan pada mata putih atau gusinya. Anda juga akan dapati bahawa
najis bayi anda berwarna pucat.
Ingatlah, jaudis adalah penyakit biasa dan selalunya bersifat
sementara. Ia akan pulih dengan cepat tanpa sebarang campur tangan dan
tidak mempunyai kesan jangka panjang. Anda boleh bertanya kepada ahli
pediatrik anda untuk bantuan sekiranya ada sebarang keraguan.
Ia boleh menjadi bahaya. Jangan ambil ringan mengenai jaundis. Kajian
telah menunjukkan bahawa jika lebihan bilirubin melepasi satu tahap,
pendengaran bayi anda akan terjejas. Pada tahap yang paling tinggi, otak
juga akan terjejas dan kondisi ini dikenali sebagai kernicterus.
Utusan Malaysia
Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/08239328322924693389noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3578540281707726300.post-76387376325746328472013-09-15T01:25:00.001-07:002013-09-15T01:25:14.839-07:00Jangan abai sakit saraf
Oleh mariatul qatiah zakaria
maria.zakaria@utusan.com.my
Gambar WAHIDAH ZAINAL
Dr. Vicknesh Wellupillai (tengah)
membuat demonstrasi kepada salah seorang pengamal media dalam bengkel
Know Your Pain , Stop The Pain mengenai sakit saraf dan cara
mengatasinya.
senario di mana seseorang jatuh sakit secara tiba-tiba tanpa
tanda-tanda awal semakin kerap berlaku dalam kalangan masyarakat hari
ini.
Keadaan ini bukanlah menunjukkan bahawa masyarakat tidak peka dengan
kesihatan diri masing-masing, tetapi penyakit hari ini dilihat semakin
'bijak' kerana apabila berada di tahap yang kritikal barulah ia
menunjukkan simptom-simptomnya.
Untuk itu setiap orang disaran agar menjalani pemeriksaan secara
berkala bagi mengetahui tahap kesihatan dan mengenal pasti apa jua jenis
penyakit yang dihidapi.
Begitupun, ada penyakit yang tidak dapat dikesan pada peringkat awal
dan ada juga sakit yang tidak dapat diterangkan apakah jenis
penyakitnya.
Begitu juga dengan penyakit saraf di mana penyakit ini tidak dapat
dikesan pada peringkat awal tetapi tanda-tandanya sudah kelihatan pada
mana-mana individu yang mengalami.
Tanda-tanda kesakitan yang dialami tidak pernah di ambil berat oleh penghidapnya kerana kesakitan itu muncul secara tiba-tiba.
Malah kesakitan yang lazimnya dialami adalah kesakitan yang tidak dapat diterangkan dan ia berbeza daripada biasa.
Menurut Presiden Malaysian Association for the Study of Pain (MASP), Dr. Mary Suma Cardosa,
sekiranya mana-mana individu yang mengalami kesakitan pada mana-mana
tubuh badan tetapi tidak dapat diterangkan secara terperinci,
berkemungkinan individu tersebut mengalami kesakitan saraf.
Tambah beliau lagi, kesakitan saraf atau neuropatik adalah sejenis
kesakitan kronik yang berpunca daripada kerosakan pada saraf yang
berfungsi mengesan kesakitan, atau pada bahagian dalam sistem saraf yang
menghantar isyarat kesakitan seperti saraf tunjang atau otak.
"Kesakitan saraf boleh membawa kesan negatif yang signifikan dalam rutin harian pesakit serta kualiti kehidupan mereka.
"Ramai penghidap penyakit ini menghadapi kesukaran untuk tidur, hilang tumpuan serta selalu berasa letih dan tidak bermaya.
"Ada yang langsung tidak boleh mengenakan pakaian kerana mengalami
kesakitan yang teramat sangat apabila pakaian bersentuhan dengan kulit,"
katanya lagi ketika ditemui di ibu negara, baru-baru ini.
Mengulas lanjut mengenai penyakit tersebut, Dr. Mary memberitahu,
pesakit yang mengalami penyakit ini juga boleh mengalami kemurungan yang
teruk di samping kebimbangan yang tinggi dalam diri masing-masing.
Ini kerana mereka sentiasa berfikir bagaimana untuk menyembuhkan
penyakit tersebut selain sentiasa berfikir untuk mencari penawar bagi
menyembuhkan penyakit mereka.
Pada masa yang sama, beliau menerangkan, pesakit yang mengalami
penyakit ini sering menghadapi masalah untuk menerangkan kesakitan yang
dialami.
"Keadaan ini juga secara tidak langsung menunjukkan perbezaan dalam
fisiologi dan psikologi yang mempengaruhi cara seseorang itu menerangkan
kesakitan mereka," kata Dr. Mary.
Katanya lagi, sehingga hari ini tiada ujian diagnostik yang dapat membuktikan bahawa kesakitan itu wujud.
Bagaimanapun, dalam usaha meningkatkan kesedaran mengenai kesakitan
saraf dan rawatan untuk keadaan kesakitan yang dialami pesakit, Pfizer
Malaysia baru-baru ini telah menjalankan sebuah siri bengkel kesedaran
penyakit dengan usahasama Persatuan bagi Kajian mengenai Penyakit
Malaysia (Malaysian Association for the Study of Pain - MASP).
Bengkel tersebut diadakan bertujuan untuk menggalakkan rakyat
Malaysia mendapatkan bantuan doktor dalam usaha mengenal pasti penyakit
yang mereka hidapi.
Menurut Pengarah Perubatan Pfizer Malaysia, Dr. Vicknesh Wellupillai,
bagi mana-mana individu yang mengalami apa jua kesakitan ataupun
mengesyaki bahawa mereka mengalami kesakitan saraf, disarankan agar
membuat temujanji untuk berjumpa doktor.
Dalam temujanji tersebut, katanya lagi, pesakit haruslah menerangkan
dengan jelas mengenai kesakitan yang dirasai dan bahagian tubuh yang
terjejas akibatnya dan sekiranya boleh tunjukkan diari kesakitan anda
kepada doktor.
"Gunakan perkataan-perkataan yang menerangkan kesakitan seperti rasa
pedih, menikam, mencucuk, berdenyut, kebas dan apa sahaja kata sifat
yang boleh memberikan gambaran yang jelas kepada doktor anda.
"Langkah yang paling penting untuk merawat kesakitan saraf adalah
dengan mempunyai pelan pengurusan kesakitan yang dibina oleh pesakit dan
doktor masing-masing.
"Ini kerana hari ini terdapat juga ubat-ubatan yang selamat dan
berkesan untuk kesakitan saraf di mana ia boleh melegakan kesakitan yang
anda alami," ujarnya lebih lanjut.
Dalam pada itu, pada Jun lalu, Pfizer Malaysia telah menjalankan kaji
selidik dalam kalangan 428 rakyat Malaysia yang berumur antara 25
hingga 65 tahun.
Objektif kaji selidik tersebut adalah untuk mengkaji pengetahuan
mengenai kesakitan dalam kalangan rakyat Malaysia dan kaedah yang
digunakan untuk merawatnya.
Kajian yang dilakukan di hospital-hospital terpilih seluruh negara turut mengutarakan 20 soalan yang berkaitan untuk dijawab.
Dan keputusan daripada kaji selidik tersebut mendapati lapan daripada
10 rakyat Malaysia menyatakan bahawa kesakitan telah menjejaskan
kehidupan mereka dan disebabkan kesakitan para pesakit mengalami
ketidakupayaan dan kualiti hidup mereka menurun.
Bukan itu sahaja, lebih daripada separuh responden turut mengalami
kesukaran menerangkan keadaan kesakitan kepada doktor masing-masing.
Yang penting hari ini pengurusan kesakitan kronik adalah langkah
terbaik bagi mengatasi sakit berpanjangan supaya pesakit boleh menjalani
kehidupan dengan lebih berkualiti.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my
Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/08239328322924693389noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3578540281707726300.post-72837195862792864192013-09-15T01:23:00.001-07:002013-09-15T01:23:15.133-07:00Merokok boleh mandul
TETAPI ada pasangan yang mempunyai masalah ini yang mengatakan itu
sudah ditentukan takdir. Malangnya ada juga yang menyalahkan pasangan
masing-masing kerana kegagalan melahirkan anak sebagai penyambung
zuriat.
Menurut pakar Obstetrik, Ginekologi dan Kesuburan, Dr. Surinder Singh, kesedaran mengenai masalah tidak subur dan rawatan baginya masih lagi rendah di Asia.
"Banyak faktor risiko bagi lelaki dan perempuan adalah sama. Satu
pertiga daripada kes mandul berpunca daripada wanita manakala satu
pertiga lagi oleh kaum lelaki.
"Selebihnya oleh campuran pelbagai sebab daripada pihak wanita dan
lelaki dan faktor yang tidak diketahui punca," kata Dr Surinder sambil
menambah bahawa gaya hidup pasangan terbabit turut mempengaruhi.
Faktor umur sudah tentu antara sebab utama punca kemandulan.
Kesuburan wanita akan mula berkurangan pada umur 30 tahun dan ke atas manakala lelaki pada usia 40 tahun dan ke atas.
Merokok, alkohol
Menurut Dr Surinder, tabiat merokok dan minum alkohol secara
berlebihan akan mengganggu peluang pasangan suami-isteri untuk mendapat
anak.
Bagi wanita tiada tahap selamat bagi pengambilan alkohol semasa mengandung.
"Minum alkohol secara berlebihan akan menambah risiko kecacatan bayi
pada masa kelahiran selain menyukarkan wanita untuk mengandung," jelas
Dr Surinder.
Katanya lagi, mempunyai berat badan yang lebih atau kurang daripada
sepatutnya atau bersenam secara berlebihan boleh mengakibatkan masalah
kesuburan.
Ujian
Pasangan yang bermasalah perlu menjalani ujian kesuburan bagi mengenali punca masalah itu.
Bagi pasangan yang berumur lebih 35 tahun dan mempunyai masalah kesuburan, mereka memang digalakkan menjalani ujian itu.
"Dalam masalah itu, biasanya pasangan wanita mengalami pusingan menstrual (haid) yang tidak menentu (tidak normal).
"Ada beberapa ujian untuk mengenalpasti punca masalah bagi kedua-dua pasangan," kata Dr Surinder.
"Ini termasuk pemeriksaan fizikal, ujian hormon dan air mani bagi lelaki manakala bagi wanita, perlu menjalani ujian ovulasi, Laparoscopy selain ujian hormon dan imbasan bunyi (ultrasound) pelvik," jelas pakar itu.
Selepas pemeriksaan fizikal yang lengkap, pesakit akan ditanya
mengenai riwayat perubatan, sebarang penyakit yang ada selain ubat yang
diambil, kurang upaya yang ada, serta kegiatan seksual.
Analisis air mani (semen) lelaki juga dijalankan bagi mengetahui
kuantiti, warna dan sama ada wujud sebarang jangkitan (infeksi).
Semua ujian ini membantu doktor mengetahui sama ada lelaki mengeluarkan sperma yang sihat dan cukup bagi persenyawaan, katanya.
Bagi pasangan wanita pula, ujian dijalankan untuk mengetahui sama ada
beliau masih menjalani proses ovulasi yang normal (termasuk mengetahui
tahap hormon yang ada).
Ujian Laparoscopy juga dijalankan (pesakit diberi bius am)
untuk mengkaji tahap tiub falopian, ovari dan uterus beliau samada
mempunyai masalah patologi.
"Ujian Laparoscopy boleh mengenalpasti samada wanita itu masih
mengeluarkan benih yang sihat dan sama ada laluan reproduktifnya
membenarkan sperma dan telur wanita melalui tiub falopian," jelas Dr
Surinder, yang juga presiden Malaysian Society of Assisted Reproductive
Technology (MSART).
Harapan
MSART, dengan kerjasama syarikat farmaseutikal Merck Serono, baru-baru melancarkan kempen Harapan Mendapatkan Anak.
Kempen itu adalah mengenai program menggunakan kaedah holistik bagi mereka yang mengalami masalah kesuburan.
Selain menimbulkan kesedaran mengenai kesuburan dan masalah
bersangkutan, program itu juga memberi maklumat mengenai rawatan yang
ada selain menghulurkan panduan.
Ia juga menyentuh mengenai kemandulan (tidak subur), iaitu satu
situasi yang dianggap 'janggal' dan memang jarang serta dijauhi dari
diperkatakan.
Kos rawatan mungkin tinggi tetapi program berkenaan menyaksikan
pasangan yang sebelum ini tidak mempunyai zuriat berjaya mendapat cahaya
mata melalui kaedah Persenyawaaan dalam Vitro atau IVF (In Vitro Fertlisation).
Bagi yang masih gagal, bantuan susulan akan diberi dengan syarat
pasangan berkenaan menjalani rawatan IVF pertama. Rawatan IVF hanya
sesuai jika pasangan mempunyai bilangan sperma yang normal.
Opsyen lain termasuk Intra Cystoplasmic Sperm Injection (ICSI) bagi pasangan lelaki yang mempunyai masalah bilangan atau kuantiti sperma rendah.
Juga terdapat kaedah Gamete Intra Fallopian Transfer (GIFT) tetapi teknologi ini agak lama dan tidak berapa digemari berbanding kaedah IVF.
Untuk keterangan lanjut boleh layari www.fertilityasia.com.my. — Bernama
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my
Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/08239328322924693389noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-3578540281707726300.post-12677715842557796772013-09-11T00:52:00.000-07:002013-09-11T00:52:23.047-07:00Ikrar sokong henti rokok
Sokongan dan motivasi daripada rakan-rakan serta ahli keluarga
merupakan antara elemen terpenting dalam proses untuk seseorang berhenti
merokok.
Statistik oleh Kementerian Kesihatan menunjukkan kira-kira 10,000
kematian dicatatkan setiap setahun akibat penyakit yang berkaitan dengan
tabiat merokok.
Bahkan pada tahun 2011 sahaja kira-kira 11,056 kematian direkodkan di
hospital kerajaan ekoran daripada penyakit berkaitan tabiat buruk
tersebut.
Angka tersebut sudah cukup untuk membuktikan bahaya yang menunggu perokok dan pentingnya tabiat tersebut dihentikan.
Ini bagi meningkatkan tahap kesihatan bukan saja bagi perokok
terbabit bahkan insan tersayang serta orang ramai di sekeliling mereka.
Perokok yang sedang mempertimbangkan untuk berhenti merokok kini
tidak perlu berasa ragu-ragu memandangkan kini rakyat Malaysia turut
menyokong usaha mereka.
Bahkan, ribuan rakyat telah meluahkan hasrat yang tinggi untuk
melihat lebih banyak perokok menghapuskan ketagihan rokok sebagaimana
yang perlihatkan melalui kempen Berikrar Berhenti Secara Tepat.
Usaha mengumpul ikrar anjuran GlaxoSmithKline Consumer Healthcare
Sdn. Bhd. (GSK) dengan sokongan Kementerian Kesihatan ini, terbukti
menerima sambutan menggalakkan apabila 903 perokok berikrar untuk
berhenti merokok, sementara 6,555 bukan perokok berikrar menyokong usaha
berhenti merokok dan 753 pakar farmasi berikrar menasihati perokok
tentang cara berhenti merokok yang tepat.
Ketua Pemasaran Produk Kesihatan GSK untuk Malaysia, Raymond Khor
berkata, kempen pertama seumpamanya itu telah berlangsung selama dua
minggu bagi memberi peluang kepada lebih ramai rakyat Malaysia
mengemukakan ikrar mereka.
"Kami bangga melihat kesan positif kempen Berikrar Berhenti Secara Tepat. Sambutan yang mesra oleh rakyat Malaysia dan jumlah ikrar yang diterima amat menggalakkan.
"Sambutan hangat oleh orang awam merupakan satu petunjuk kukuh bahawa
sebilangan besar rakyat Malaysia menyokong usaha menggalakkan perokok
berhenti, satu pandangan yang kami harap akan menyumbang kepada
kesihatan awam yang lebih baik," katanya.
Raymond berkata, dengan membantu mengurangkan jumlah perokok diharap
dapat membantu mengurangkan bilangan pesakit penyakit tidak berjangkit
(NCD), seperti kanser, penyakit jantung, dan penyakit sekatan pulmonari
kronik (COPD).
Lebih membanggakan kempen mendapat sokongan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr. S. Subramaniam yang turut menandatangani Ikrar Berhenti Secara Tepat sempena majlis sambutan Hari Tanpa Tembakau Sedunia di Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my
Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/08239328322924693389noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3578540281707726300.post-39987126512005709002013-09-07T23:33:00.001-07:002013-09-07T23:33:27.967-07:008.5 juta rakyat Malaysia gemuk
Oleh HAKIMI ISMAIL
utusanputrajaya@utusan.com.my
S. Subramaniam
Menteri Kesihatan
PUTRAJAYA 7 Sept. - Obesiti merupakan masalah kesihatan yang kini
menjadi ancaman terbesar kepada rakyat Malaysia dengan seorang daripada
tiga penduduk mengalami masalah itu atau mempunyai berat badan
berlebihan berikutan terlebih makan.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam (gambar) yang
bimbang dengan perkembangan itu memberitahu, setakat ini, 8.5 juta
penduduk Malaysia mengalami masalah berat badan berlebihan dengan 4.4
juta orang obes.
Menurutnya, masalah tersebut berlaku kerana pengambilan makanan
berlebihan yang diburukkan lagi dengan kecenderungan kepada makanan
manis.
Beliau berkata, bilangan rakyat Malaysia yang gemuk dijangka terus
meningkat jika tiada inisiatif dilakukan masyarakat untuk mengurangkan
berat badan dengan mengamalkan gaya hidup sihat.
Kementerian terus menekankan cara hidup sihat dalam kalangan
masyarakat kerana masalah berat badan berlebihan di kalangan mereka
telah mencecah 29.4 peratus dan obesiti pula sebanyak 15.1 peratus.
Masalah tersebut kini telah menjadi ancaman terbesar kepada
kesihatan masyarakat. Bayangkan ketika ini seorang daripada tiga
penduduk negara ini obes atau mempunyai berat badan berlebihan," katanya
pada sidang akhbar selepas melancarkan Kempen Nak Sihat Sempena Gegar
10,000 Langkah Merdeka, di Dataran Wawasan Presint 2 di sini hari ini.
Menurut Subramaniam, kerajaan amat komited untuk membudayakan amalan
bersukan dan melakukan aktiviti fizikal sebagai rutin harian di kalangan
rakyat kerana kajian menunjukkan purata setiap individu melakukan
aktiviti senaman selama 20 minit sehari.
Mengulas mengenai Kempen Nak Sihat Sempena Gegar 10,000 Langkah
Merdeka, Subramaniam berkata, seramai 70,000 orang yang majoritinya
belia mengambil bahagian dalam kempen berkenaan yang dilancarkan
serentak di seluruh negara.
Kempen yang diadakan untuk tahun keempat itu katanya, memfokuskan
kepada peningkatan kesedaran golongan belia terhadap kepentingan
melakukan senaman sebagai amalan hidup seharian.
Cara hidup orang muda sudah berbeza kerana mereka berada dalam dunia
teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Mereka kurang melakukan
aktiviti fizikal kerana sudah ketagih dengan permainan dan penggunaan
media sosial dari pagi hingga malam.
ICT sudah menjadi budaya golongan belia sekarang. Sememangnya diakui
ICT meningkatkan komunikasi sosial, namun keperluan kehidupan yang
aktif tidak boleh diketepikan," katanya.
Katanya, kerajaan akan memainkan peranan dalam memastikan golongan
muda sentiasa mengamalkan kehidupan sihat dengan memperbanyakkan
kemudahan beriadah di kawasan perumahan antaranya kempen berjalan
10,000 langkah sehari merupakan aktiviti intensiti rendah dan sesuai
semua peringkat umur.
Dianggarkan berjalan 10,000 langkah bersamaan tujuh kilometer sehari mampu membakar 385 kalori," katanya.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my
Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/08239328322924693389noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3578540281707726300.post-52803362886501783962013-09-01T23:52:00.001-07:002013-09-01T23:52:48.589-07:00Alternatif dialisis buah pinggang
Oleh RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAH
adawiyah.koh@utusan.com.my
Wakil MSN, Dr Wong Hin Seng, Dr
Ghazali Ahmad, pesakit buah pinggang, Abdullah Yeob Ahmad dan Razak Omar
dan Pengurus Negara, Baxter Healthcare Sdn Bhd, Iftekhar Ahmed.
SETIAP kali membaca mengenai rawatan dialisis
yang terpaksa dilalui pesakit buah pinggang timbul persoalan, adakah
mereka selesa menerima rawatan tersebut?
Lebih-lebih lagi, setelah sekian lama memiliki buah pinggang yang sihat, menjalani dialisis pasti menimbulkan suasana berbeza.
Pesakit terpaksa bergantung pada mesin hemodialisis atau menggunakan
rawatan Dialisis Peritoneal (PD) dengan menukar cecair dalam badan
setiap empat jam.
Ketika ini sokongan ahli keluarga diperlukan. Di Malaysia, bilangan
pesakit buah pinggang peringkat akhir (ESRD) meningkat setiap tahun.
Walaupun dianggap masalah biasa, tetapi ia boleh dirawat dengan adanya
terapi selamat dan berkesan yang boleh disesuaikan dengan keperluan dan
gaya hidup.
PD adalah terapi ESRD yang boleh digunakan di rumah dan sambutan terhadap penggunaannya adalah semakin menggalakkan.
Dengan kebebasan dan rawatan yang lebih terkawal, PD menjadi pilihan
rawatan utama bagi pesakit yang memilih untuk meneruskan gaya hidup
aktif dan mengambil peranan proaktif dalam mengawal penyakit ini.
Menyedari senario ini, Persatuan Nefrologi Malaysia (MSN) dan Baxter
Healthcare (M) Sdn Bhd melancarkan kempen Kebebasan dengan PD untuk
meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai PD sebagai pilihan rawatan
untuk ESRD.
Kempen ini bertujuan untuk mendidik masyarakat Malaysia, terutamanya
pesakit, mengenai penyakit buah pinggang dan memilih PD sebagai pilihan
rawatan yang menawarkan lebih banyak kebebasan, fleksibiliti dan
mobiliti kepada pesakit .
Pada masa yang sama, kempen ini juga ingin mengetengahkan bahawa
penyakit buah pinggang kronik (CKD) dan ESRD boleh ditangani dengan
mengamalkan pengurusan dan kawalan penyakit yang sewajarnya agar pesakit
dapat terus menjalani kehidupan yang normal dan aktif.
CKD ialah keadaan yang dicirikan sebagai pengurangan fungsi buah
pinggang secara berterusan, atau kehadiran struktur yang tidak normal,
atau jumlah protein yang abnormal dalam air kencing selama tiga bulan
atau lebih.
GagalApabila buah pinggang gagal berfungsi secara kekal, ini dikenali sebagai ESRD, satu keadaan yang tidak boleh diterbalikkan.
Menurut Ketua Jabatan dan Penasihat Nasional, Perkhidmatan Nefrologi,
Kementerian Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Ghazali Ahmad, ESRD ialah
salah satu potensi akibat CKD yang memerlukan terapi penggantian buah
pinggang yang menelan belanja besar.
"Bilangan ESRD di Malaysia meningkat setiap tahun dan pada tahun
2012, sebanyak 28,590 pesakit menerima dialisis. Pesakit buah pinggang
perlu tahu tentang faktor-faktor risiko dan juga pengurusan penyakit
bagi memperlahankan perkembangan CKD," ujarnya.
Di Malaysia, kurang daripada satu peratus daripada pesakit ESRD yang
menerima pemindahan buah pinggang, di mana ia dianggap sebagai rawatan
terbaik. Manakala, selebihnya dirawat dengan dialisis.
Daripada jumlah pesakit itu, hanya lapan peratus pesakit dirawat
dengan PD ambulatori berterusan (continuous ambulatory PD atau CAPD).
Berbanding dengan jenis dialisis yang lain, PD memberikan keputusan
klinikal yang sama atau lebih baik di samping kebebasan yang lebih
tinggi, seterusnya dapat meningkatkan kepuasan pesakit .
"Kemajuan dalam pilihan terapi seperti PD serta kawalan dan
pengurusan yang sewajarnya telah memungkinkan pesakit ESRD menjalani
kehidupan yang lebih berkualiti. Pengambilan PD di negara ini tidak
begitu tinggi kerana orang ramai dan kebanyakan pesakit tidak menyedari
tentangnya. Kajian menunjukkan bahawa PD bukan sahaja menjimatkan kos,
malah mampu memberikan impak positif kepada kehidupan pesakit,
membolehkan pesakit bekerja atau pergi ke sekolah dan meneruskan rutin
harian mereka," tambah beliau.
Dalam pada itu, kempen ini bermula dengan pelancaran semula laman web 'www.freedomtolive.com.my.
Selain menyediakan maklumat yang komprehensif dan terkini berkaitan
penyakit buah pinggang, laman web yang dipertingkatkan ini juga
dilengkapi panel tambahan yang terdiri daripada pakar penjagaan
kesihatan seperti pakar nefrologi dan pakar pemakanan.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my
Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/08239328322924693389noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3578540281707726300.post-18375086731761005362013-08-25T04:13:00.001-07:002013-08-25T04:13:15.060-07:00Meredakan gangguan perut
KETIKA makan, tubuh akan mengeluarkan hormon seperti leptin,
cholecystokinin dan glucagon yang bertugas untuk memberitahu otak bahawa
kamu sudah kenyang.
Pun begitu, bahan kimia tersebut mengambil masa untuk sampai ke otak,
jadi tidak hairanlah sekiranya kamu berasa sakit perut tanpa isyarat
awal kerana terlebih makan.
Selain kadar pengambilan makanan, gas yang memenuhi usus juga
berupaya membuatkan perut kamu meragam. Apabila perut meragam, untuk
melegakan tekanan perut bukan perkara mudah.
Bagaimanapun, beberapa langkah diharapkan dapat dijadikan panduan
kepada kamu sekiranya mengalami sakit perut akibat terlalu banyak makan.
- LYNN
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my
Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/08239328322924693389noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3578540281707726300.post-35442306134044059172013-08-17T19:49:00.003-07:002013-08-17T19:49:27.048-07:00Adakah Makanan Bioteknologi Selamat?
9:50 AM
Sedar atau tidak, hampir 70% makanan yang kita makan hari ini
mengandungi organisma terubahsuai genetik (GMO). Yang paling biasa ialah
sirap jagung, makanan berasaskan soya, beras, bijirin sarapan,
kudap-kudap atau snek, biskut kraker, miuman soda, susu tin, minyak
masakan malah dalam daging dari haiwan ternakan. Jangan fikir kita
tinggal di Malaysia selamat dari makanan GMO. Kini ia telah mula
dipraktikkan secara besar-besaran oleh pengusaha-pengusaha tanaman dan
juga penternak haiwan.
Ia sebenarnya tidak mengejutkan kerana teknologi kejuruteraan genetik
dikatakan mampu bertahan terhadap ancaman serangga perosak, kemarau dan
lain-lain. Ia juga dikatakan meningkatkan produktiviti tanaman oleh itu
menjana lebih keuntungan.
Tapi adakah ia selamat untuk dimakan?
Menurut pandangan pentadbiran kerajaan Amerika Syarikat, ia selamat
dimakan, tahan terhadap penyakit dan menyediakan keperluan yang
mencukupi untuk populasi dunia.
Manakala menurut Kesatuan Eropah (EU), mereka menolak makanan GMO.
Risiko makanan GMO lebih tinggi dari faedah kesihatan. Hanya syarikat
bioteknologi yang mendapat faedah dengan menjana keuntungan berlipat
ganda, mendominasi pasaran makanan dunia dan menindas petani dan
peladang kecil-kecilan.
Menurut Pengarah Kebangsaan Pertubuhan Pengguna Organik, Ronnie Cummins,
tiada saintis yang benar-benar serius dalam dunia yang sanggup
mempertahankan teknologi bio selain mereka dibayar oleh syarikat
bioteknologi untuk memperkenalkan paten hakcipta terhadap benih atau
teknologi yang dihasilkan. Menurutnya lagi, 3 perkataan yang boleh
menerangkan keadaan makanan GMO iaitu tidak boleh dijangka, tidak pernah
diuji dan ia tidak dilabel (tidak memaklumkan kepada pengguna).
Kesan buruk yang paling banyak dilaporkan dari pemakanan GMO ialah
allergik. Pencemaran juga adalah risiko dalam kaedah penanaman GMO.
Penyebaran benih secara tidak sengaja boleh mengancam benih asal dan
sekali ia tersebar adalah sukar untuk mengawal ke mana ia akan pergi.
Pengguna sepatutnya diberitahu tentang penggunaan GMO dalam makanan yang
mereka makan melalui label pada pek atau bungkusan. Buat masa ini,
syarikat pengeluar makanan tidak disyaratkan melabelkan GMO pada produk
mereka. Syarikat-syarikat ini juga menghalang usaha untuk
menguatkuasakan peraturan pelabelan GMO. Jika produk GMO begitu baik dan
memberi faedah, mengapa ia tidak mahu dilabelkan? Sebaliknya mengapa
pula pengeluar makanan asli dan organik mengambil langkah bertentangan
dengan meletakkan label NON-GMO atau 'TIADA GMO' pada bungkusan mereka.
Ini memberi makna bahawa ada sesuatu yang terselindung di sebalik semua
ini. Salah satu sebab mereka tidak mahu meletakkan label GMO ialah
kerana mereka tidak mahu mengambil risiko pengguna akan menjauhkan diri
dari produk mereka memandangkan ia telah diharamkan di Eropah.
http://thesecretmedicines.blogspot.com/2013/03/adakah-makanan-bioteknologi-selamat.html
Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/08239328322924693389noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3578540281707726300.post-83690240228360555322013-08-17T19:47:00.002-07:002013-08-17T19:47:27.759-07:005 Makanan Utama Penyebab Kanser
6:31 PM
Makanan
penyebab kanser biasanya tinggi kandungan gula, karbohidrat yang
diproses, pengawet dan hasil sampingan dari menggoreng dan memanggang.
Makanan sebegini juga boleh menyumbang kepada obesiti, kencing manis dan
penyakit jantung.
Minuman Manis
Makanan yang tinggi kandungan gula halus seperti minuman manis, soda dan
jus meningkatkan risiko kanser. Individu yang mengambil minuman manis
dengan kerap mempunyai risiko mendapat kanser pankreas dan kolon.
Walaupun gula tidak menukar sel-sel yang sihat menjadi kanser, ia adalah
sumber makanan utama untuk sel-sel kanser dan membantu pertumbuhan
tumor.
Kentang Goreng
Makanan bergoreng meningkatkan risiko seseorang mendapat kanser terutama
jika ia mengandungi minyak hidrogenasi (hydrogenated oil), lemak trans
dan hasil sampingan dari proses menggoreng dipanggil acrylamide.
Acrylamide adalah neurotoksin dan ejen penyebab tumor. Makanan yang
tinggi karbohidrat seperti kentang mudah menghasilkan acrylamide semasa
proses menggoreng. Ia meletakkan banyak porduk kentang seperti french
fries, potato chip dan hash brown di senarai tertinggi makanan penyebab
kanser.
Donut
Donut adalah salah sejenis makanan utama penyebab kanser. Ia sepatutnya
dalam senarai teratas makanan penyumbang kepada penyakit kanser. Ia
digoreng secara deep fried, mengandungi tahap gula yang tinggi
berdasarkan karbohidrat diproses (refined). Gabungan tepung yang
diluntur, karbohidrat diproses dan proses menggoreng adalah gabungan
terbaik untuk meningkatkan risiko kanser.
Hot Dog
Daging yang diawet adalah faktor yang diketahui penyebab kanser perut
dan masalah sistem penghadaman. Daging lebih merbahaya apabila bahan
pengawet utama seperti sodium nitrite ditambah ke dalam campuran. Hot
dog sepatutnya dielakkan dengan apa cara sekalipun terutama kepada
mereka yang mempunyai risiko yang tinggi mengidap kanser perut.
Daging Bakar Hangus/Satay
Apabila daging haiwan dibakar, beberapa toksik terbentuk. Ia sama
seperti toksin yang dihasilkan semasa proses pembakaran tembakau dari
rokok. Proses memanggang juga menghasilkan acrylamide. Menurut National
Cancer Institute (Amerika), kanser kolon, perut dan lain-lain berkaitan
dengan pengambilan yang tinggi makanan daging hangus atau yang
Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/08239328322924693389noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3578540281707726300.post-18442613959050405292013-08-17T19:42:00.004-07:002013-08-17T19:42:56.299-07:00Aspartame Dalam Produk 'Herba' Langsingkan Tubuh
11:13 AM
Pengguna hari ini dinasihatkan agar berhati-hati dengan pelbagai produk
kesihatan yang mendakwa menggunakan herba-herba asli sebagai strategi
pemasaran pengeluar.
Suatu jenama yang tidak kurang popular dan boleh dikatakan hampir setiap
hari produk ini diiklankan di dalam akhbar-akhbar utama. Tergerak hati
kami untuk melihat apakah ia benar-benar memberi kesan seperti yang
didakwa melalui testimoni-testimoni pelanggan yang agak meyakinkan.
Apabila membaca kandungan bahan-bahan yang digunakan sebagai pemanis
tanpa gula, adalah amat mengejutkan apabila menemui kandungan Aspartame
dalam produk yang dikatakan 'asli' untuk melangsingkan badan.
Sebenarnya tidak ada produk pelangsingan badan dalam dunia ini yang
mampu menurunkan berat badan dengan hanya menelan pil atau meminumnya
dalam masa yang sama anda boleh makan di restoran fast food, minum
minuman berkarbonat sebanyak-banyaknya mengikut nafsu dan kemahuan anda.
Jika anda benar-benar ingin tubuh langsing, kawal diet anda,
disiplinkan diri anda dalam hal makan minum, anda perlu menjadi cerewet,
kenali herba-herba asli dan biasakan diri anda dengannya, makan makanan
semulajadi, elakkan makanan yang sudah diproses secara total, amalkan
senaman dan anda tidak perlukan produk yang pelik-pelik dan
mencurigakan.
Kami tidak mahu menulis lebih mendalam lagi tentang 'aspartame' ini
kerana ia telah banyak kali ditulis dalam posting-posting terdahulu,
anda boleh taip aspartame dalam ruangan 'Search' di atas dan akan
tersenarai sejumlah artikel yang menceritakan tentang bahaya dan
keburukan aspartame dalam Blog ini. Salah satu risiko mengambil
aspartame ialah - KANSER!
http://thesecretmedicines.blogspot.com/2013/01/aspartame-dalam-produk-kesihatan.html
Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/08239328322924693389noreply@blogger.com0