09/02/2012 4:29pm
PENDANG (Kedah) - Seramai 29 orang murid dari sebuah sekolah
kebangsaan di Sungai Tiang dekat sini mengalami keracunan makanan
setelah makan nasi lemak disediakan kantin sekolah terbabit di bawah
Rancangan Makanan Tambahan pagi tadi.
Mereka dibawa ke Klinik Kesihatan Sungai Tiang bagi mendapatkan rawatan sebelum dibenarkan pulang.
Seorang murid Muhamad Faiz Hafiz Mohd Noor, 12, berkata, dia terpaksa
berulang-alik ke tandas sebanyak lapan kali kerana mengalami sakit
perut dan cirit-birit berlarutan selepas makan nasi lemak itu.
"Saya juga muntah lima kali serta pening kepala sehingga saya tidak
tahan dan memaklumkannya kepada cikgu supaya dibawa ke klinik,” katanya
kepada Bernama ketika ditemui di sekolah itu hari ini. — BERNAMA