RAMAI mendakwa makan telur dalam jumlah yang banyak boleh menjejaskan
kesihatan kerana tahap kolesterol yang tinggi. Namun adakah benar fakta
tersebut?
Sebenarnya, mengamalkan memakan telur ayam adalah baik kerana banyak
khasiatnya. Ia adalah makanan asli yang ideal dan diterima sebagai diet
harian manusia di seluruh dunia.
Sejak turun-temurun lagi, telur ayam menjadi makanan menyihatkan dan ubat bagi pelbagai penyakit.
Cara penyediaannya juga mudah. Ia boleh dimasak dengan pelbagai cara
sama ada separuh masak, tiga suku masak, rebus, goreng, sambal, kari dan
sebagainya.
Telur ayam kampung boleh dijadikan penawar atau ubat tradisional bagi
merawat pelbagai penyakit. Permintaannya sangat tinggi kerana ia
mengandungi vitamin dan galian yang mencukupi hasil daripada pemakanan
haiwan tersebut yang asli dan organik, iaitu bebas daripada bahan kimia.
Sebiji telur ayam mengandungi lebih kurang 10 peratus cangkerang, 30
peratus kuning telur dan 60 peratus albumen (mengikut berat).
Kandungan kimia telur ayam, telur itik dan telur puyuh tidak terlalu
berbeza antara satu dengan lain, kecuali kandungan kolesterol telur itik
adalah lebih tinggi sedikit iaitu lebih kurang 16.20 miligram bagi
setiap gram kuning telur.
Bahagian putih telur mengandungi protein albumin yang juga merupakan vitamin larut lemak.
Apa yang agak unik adalah ia mengandungi sejenis lagi protein yang
dipanggil avidin iaitu sejenis bahan antibiotik semula jadi yang amat
berguna untuk melawan jangkitan mikro organisma yang dapat merosakkan
telur tersebut.
Antibiotik ini wujud bersama-sama dengan biotin dan akan musnah
apabila dimasak. Kadar lemak dan kalori dalam telur adalah rendah tetapi
ia kaya dengan sumber protein dan vitamin A.
Bahagian kuning telur merupakan makanan yang mengandungi zat yang berbagai dan seimbang.
Selain kolesterol, ia mengandungi banyak zat-zat makanan yang
penting, antaranya adalah 67 miligram sulfur atau lapan peratus daripada
keperluan seharian. - SYAHRIL
No comments:
Post a Comment