Oleh SITI AISHAH YUSOFF
Mengalami alahan seperti muntah dan pening adalah perkara biasa bagi wanita yang hamil pada trimester pertama.
Menurut kajian, alahan terjadi kepada lebih 50 hingga 90 peratus
wanita yang sedang hamil walaupun hampir sebahagian kes berlaku secara
spontan pada tahap pertama.
Namun dalam tempoh tersebut juga, mereka yang mengalami alahan juga dikenali sebagai hyperemis granium (HG) yang dipercayai berpunca daripada bakteria di dalam perut iaitu Helicobacter pylori (H. pylori).
Pakar Gastroenterologi terkemuka yang juga pengamal terapi semula jadi dari Australia , Dr. Vagif Soultanov, berkata, H. pylori merupakan musuh utama bagi kanser perut.
"Jangkitan H. pylori akan berlaku apabila bakteria menjangkiti perut
atau bahagian pertama usus kecil. Mereka yang menghidap H. pylori
adakalanya tidak mengalami tanda-tanda atau gejala dan tidak membawa
kepada apa-apa komplikasi.
"Tetapi bagi sesetengah orang lain pula, H. pylori boleh membawa kepada komplikasi yang serius, seperti ulser dan kanser perut.
"Antara simptom-simptom H.pylori adalah rasa mual, muntah-muntah,
hilang selera makan, sendawa atau kembung perut, rasa ketat di bahagian
atas abdomen selepas makan serta, hilang berat badan," katanya.
Tambah Dr. Soultanov, walaupun H. pylori menyerang secara senyap
kepada semua peringkat umur, wanita yang didapati mengandung pada
peringkat pertama berpotensi dijangkiti H. pylori.
"Loya dan muntah ketika mengandung adalah bermanfaat untuk
mengeluarkan daging dan rasa kuat sayur yang mengandungi toksin
berbahaya dan mikro organisma.
"Jika terdapat toksin dan mikro organisma, wanita tersebut berpotensi
mengalami kesakitan dan merosakkan pertumbuhan bayi dalam kandungan
ketika organ sedang membentuk.
"Keadaan ini juga disokong dengan kajian yang menunjukkan wanita yang
mengalami loya dan muntah berpotensi menghadapi masalah keguguran.
"Bagaimanapun, disebabkan jangkitan ini, lebih lima peratus wanita
hamil pada tahap pertama akan kehilangan berat badan akibat H. pylori,"
kata Dr. Soultanov
Ujarnya lagi, H. pylori adalah penyebab kepada masalah gastrik dan
ulser perut dengan daripada tiga billion orang di seluruh dunia sudahpun
dijangkiti. Ini sekali gus menjadikannya satu daripada jangkitan yang
merebak dengan meluas di dunia.
"Negara yang mempunyai populasi yang tinggi dengan jumlah pengambilan
kadar nutrisi yang rendah berada dalam kadar yang tinggi untuk
dijangkiti H. pylori.
" Jangkitan H. pylori mungkin disalurkan melalui makanan, air yang
tercemar, sentuhan pada material linen atau barang permainan.
"Wanita yang seringkali ditugaskan untuk menyediakan makanan harian,
menjaga kesejahteraan keluarga dan bertanggungjawab memelihara
kebersihan dan ketenteraman kediaman adalah mereka yang menyumbang
kepada jangkitan H. pylori," ujarnya.
Dr. Soultanov berkata, berdasarkan kajian, kanak-kanak yang berumur
antara 10 tahun ke atas juga berpotensi untuk mendapat penyakit ini jika
tiada langkah pencegahan dilakukan.
Jelas beliau lagi, kanser perut bukanlah sesuatu yang berkembang semalaman.
Mengenal pasti isyarat-isyarat yang membimbangkan dari perut sangat
penting bagi mengelakkan masalah kesihatan serius pada kemudian hari.
"Gastritis merupakan keradangan atau kerengsaan pada dinding perut. Ia boleh terjadi secara tiba-tiba atau berperingkat.
"Kadangkala, kebanyakan pesakit tidak mengalami sebarang simptom dan
dalam hal ini, ujian H. pylori melalui darah atau nafas perlu dilakukan
bagi mengenal pasti status jangkitan," katanya.
Sementara itu, seiring dengan perkembangan teknologi, satu ubat yang
dihasilkan dari jejarum daun pain yang dikenali sebagai Bioeffective A
berfungsi untuk membunuh kuman yang menyebabkan jangkitan H. pylori dan
menguatkan sistem imun dalam badan.
No comments:
Post a Comment