Saturday 15 June 2013

Keracunan Makanan oleh Bakteria Bacillus Cereus

Agen penyebab
Bakteria bacillus cereus.
Punca
  • Alam sekitar
  • Debu dan tanah
  • Rempah-ratus
Makanan yang biasa dikaitkan dengan bakteria ini
  • Nasi
  • Nasi goreng
  • Makanan bijirin
  • Puding
  • Sayur-sayuran
  • Makanan berasaskan daging
  • Makanan berkanji
Cara rebakan
  • Kaedah penyimpanan dan hidangan selepas makanan dimasak yang tidak betul
  • Menyajikan makanan di suhu bilik terlalu lama
  • Lebihan makanan atau makanan yang telah dimasak tidak dipanaskan dengan sempurna
Tanda-tanda
  • Rasa loya dan muntah-muntah
  • Sakit perut
  • Cirit-birit
Tempoh jangkitan
Antara 1 -6 jam (jenis akut, biasanya antara 1 -3 jam) dan antara 12-24 jam (jenis lewat).
Pencegahan
  • Panaskan makanan dengan sempurna sehingga susu didih
  • Simpan lebihan makanan di dalam peti sejuk
  • Jangan biarkan makanan terhidang lebih dari 4 jam pada suhu bilik
Semakan Akhir : 28 April 2008
Penulis : Dr. A'aisah bt. Senin
    Norrani bt. Eksan  

No comments:

Post a Comment