Oleh MOHD. HAFIZI AHMAD dan MAHFUZ MOHA MAD
KUALA LUMPUR – Orang ramai yang terdedah kepada keadaan berjerebu
dalam tempoh lama berisiko menghidap penyakit kanser selain penyakit
lain seperti gatal kerongkong, batuk dan sukar bernafas.
Pakar perunding perubatan Pusat Perubatan Kajang Plaza di Kajang,
Datuk Seri Dr. Zulkornain Ahmad berkata, udara ketika jerebu amat
berbahaya kerana ketika bernafas, manusia bukan sahaja menyedut gas
oksigen tetapi termasuk bahan-bahan asing yang terkandung dalam udara
terus memasuki paru-paru.
Kata beliau, bahan-bahan asing yang berupa sisa toksik yang
terkandung dalam jerebu itu kemudian merangsang perkembangan sel-sel
kanser di dalam tubuh manusia.
“Ketika krisis jerebu, udara di sekeliling mengandungi debu, habuk
halus dan gas toksik seperti gas sulfur dioksida dan karbon monoksida.
“Meskipun udara yang disedut manusia akan melalui beberapa tapisan
seperti di hidung dan tekak tetapi organ penapis semula jadi itu tidak
mampu menyekat 100 peratus apa yang disedut dari udara.
“Udara tercemar yang tidak dapat ditapis itu akan terus masuk ke
paru-paru dan seterusnya mengakibatkan badan manusia mungkin dijangkiti
bakteria, virus dan paling menakutkan penyakit seperti kanser paru-paru
dan radang paru-paru,” kata beliau ketika dihubungi Kosmo! di sini
semalam.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.
No comments:
Post a Comment