Apakah jangkitan Hepatitis A?
Hepatitis adalah jangkitan atau radang pada hati. Banyak faktor yang
boleh menyebabkan hepatitis berlaku daripada jangkitan virus ke ubat
serta alkohol. Banyak virus yang boleh menyebabkan hepatitis sama ada
secara langsung atau tidak langsung. Virus hepatitis pula memberi kesan
yang besar ke atas hati.
Terdapat beberapa jenis virus hepatitis (A, B, C, D, E dll). Hepatitis A
disebabkan oleh virus hepatitis A yang dipindahkan melalui seseorang ke
orang lain menerusi makanan/minuman yang telah dicemari najis, pesakit
hepatitis A.
Apakah tanda dan gejalanya?
Ia mengambil masa 15 hingga 40 hari untuk menjadi penyakit hepatitis A
selepas mangsa dijangkiti virus tersebut. Tidak semua pesakit berasa
sakit setelah dijangkiti hepatitis A. Sebahagian dewasa yang dijangkiti
akan berasa sakit dan tidak sihat setelah dua minggu dijangkiti
(kadang-kala lebih). Kebanyakan kanak-kanak jarang menunjukkan
tanda-tanda dan gejala selepas dijangkiti. Semua pesakit sama ada yang
menunjukkan gejala atau tidak masih boleh menjangkiti orang lain. Virus
hepatitis A wujud dalam najis individu yang dijangkiti dalam masa dua
minggu dan sehingga dua minggu selepas gejala bermula.
Gejala dan tanda termasuk:
- Hilang selera makan, loya.
- Demam.
- Muntah-muntah.
- Kesakitan pada perut.
- Keletihan.
- Penyakit kuning, air kencing berwarna gelap, najis berwarna pucat.
Di negara membangun, kebanyakan penduduk terdedah pada jangkitan semasa
kecil dengan gejala yang minima atau tiada gejala langsung.
Adakah terdapat komplikasi?
Tiada komplikasi jangka masa panjang untuk hepatitis A. Walau
bagaimanapun, hepatitis A boleh memberi kesan yang serius pada warga tua
di mana mereka memerlukan rawatan di hospital.
Adakah terdapat rawatan khusus?
Tiada rawatan khusus bagi hepatitis A. Rawatan am ialah:
- Mendapatkan rehat yang cukup dan minum banyak air.
- Elakkan daripada minum alkohol.
- Individu yang dijangkiti harus berada di rumah sehingga tiada lagi kesan jangkitan (seminggu selepas sakit).
Bolehkah Hepatitis A dicegah?
Hepatitis A boleh di cegah melalui:
- Menjaga kebersihan diri (kerap basuh tangan selepas keluar daripada tandas dan selepas makan).
- Gunakan bekalan air yang bersih serta sistem kumbahan yang teratur.
- Membasuh buah-buahan dan sayur-sayuran sebelum dimakan.
- Elak makan kerang/tiram mentah.
Immunisasi vaksin Hepatitis A boleh mencegah jangkitan Hepatitis A
secara efektif. Ia memberi perlindungan selama 12 bulan bagi dos yang
diambil pertama kali dan 5 tahun selepas dos yang kedua (bagi
kanak-kanak) serta 10 tahun bagi orang dewasa.
Vaksin Hepatitis A disyorkan kepada golongan berisiko tinggi termasuklah:
- Golongan yang melancong ke luar negara (terutama negara berisiko tinggi untuk jangkitan Hepatitis A).
- Pekerjaan berisiko tinggi, contohnya; bidang kesihatan, pekerja kumbahan.
- Golongan yang mengamalkan gaya hidup berisiko tinggi contohnya pengguna dadah secara suntikan atau tanpa suntikan.
- Pusat jagaan kanak-kanak atau institusi yang menyediakan kemudahan penjagaan seperti pusat jagaan orang tua.
- Individu yang mempunyai penyakit hati yang kronik.
Seseorang yang mempunyai hubungan rapat dengan pesakit yang dijangkiti
Hepatitis A harus diberikan antibodi dalam bentuk immunoglobulin. Ini
amat berkesan untuk mencegah jangkitan dalam masa dua minggu pertama
terdedah kepada pesakit (dapatkan nasihat doktor). Hepatitis A perlu
dilaporkan jika ia berlaku. Ia bertujuan untuk mengenal pasti punca bagi
menghalang jangkitan daripada merebak.
Kumpulan Sokongan
Malaysian Liver Foundation
No 26, Blok C, Jalan PJU 1A/3,
Taipan Damansara 2, Ara Damansara,
47301 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan,
Malaysia
Tel : 603-78426101
Email : enquiries@liver.org.my
Website : www.liver.org.my
No 26, Blok C, Jalan PJU 1A/3,
Taipan Damansara 2, Ara Damansara,
47301 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan,
Malaysia
Tel : 603-78426101
Email : enquiries@liver.org.my
Website : www.liver.org.my
Semakan akhir | : | 26 April 2012 |
Penulisq | : | Dr. Chan Kwai Cheng |
Penyemak | : | Dr. Thahira bt. Jamal Mohamed |
No comments:
Post a Comment