SUNGAI SIPUT: Hasrat 30 pelajar sebuah sekolah menengah, di sini,
meneruskan kem motivasi di sekolah terbantut selepas mengadu muntah,
loya, sakit perut dan cirit birit gara-gara ‘penangan’ bihun goreng dan
teh tarik yang diambil sebagai sarapan.
Dalam kejadian jam 9.30 pagi semalam, pelajar tingkatan tiga, lima
dan enam Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tok Muda Abdul Aziz itu
menjamu makanan berkenaan sebelum bergegas ke tandas selepas mengadu
sakit perut yang teruk.
Difahamkan, makanan dan minuman itu disediakan katering yang ditempah di luar sekolah sebagai sarapan pagi untuk pelajar sempena program motivasi dianjurkan di dewan sekolah.
Sementara itu, lebih 100 pelajar lain yang kebanyakannya bakal
menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil Pelajaran
Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) tidak
mengalami keracunan kerana tidak menjamah sarapan pagi.
Berikutan kejadian itu, pelajar yang keracunan diasingkan oleh pihak pentadbiran sekolah sebelum ditempatkan di pusat sumber sekolah untuk rawatan awal.
Seorang pelajar tingkatan lima yang enggan dikenali berkata, dia mula berasa sakit perut jam 10 pagi sebelum ke tandas ketika program berlangsung.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/07/08
--- HARIAN METRO
No comments:
Post a Comment