Tuesday 18 June 2013

Staphylococcus Aureus kuman biasa yang boleh mengancam nyawa

Bakteria Staphylococcus Aureus
Staphylococcus Aureus merupakan kumpulan bakteria yang hidup di atas permukaan kulit dan di dalam rongga hidung manusia, atau rongga-rongga lain pada badan kita. Ia pertama kalinya ditemui oleh  Dr. Alexander Ogston, seorang pakar bedah di Aberdeen, Scotland pada tahun 1880.  Kuman ini mungkin berada di muka kita, di perut, dada, tapak tangan atau di mana2 sahaja pada badan kita. Selama mana kulit kita mengalami kecederaan seperti terhiris pisau, kulit melecet, terbakar, digigit serangga atau sebagainya, bakteria ini tidak memberi apa-apa kesan kepada kita walaupun kita sentiasa terdedah kepada bakteria ini. Bila kita mendapat luka dan dibiarkan begitu sahaja tanpa dirawat maka kita akan dapati pembentukan nanah berlaku pada tempat cedera tersebut. Ini adalah kerana bakteria staphylococcus ini mula aktif menyerang sistem badan dan membiak serta membentuk nanah.

         Staphylococcus Aureus juga di kenali sebagai Staph Aureus atau S. Aureus, yang membawa maksud "golden grape-cluster berry", "golden cluster seed", "the seed gold." atau "golden staph".  Pada umumnya kuman ini mempunyai kaitan dengan penyakit-penyakit seperti pimples, impetigo (boleh juga disebabkan oleh Streptococcus pyogenes), boils (furuncles), cellulitis folliculitis, carbuncles, scalded skin syndrome dan abscesses.  

bisul

       Secara semula jadi badan kita akan mengeluarkan antibodi untuk mempertahankan badan dari serangan kuman ini. Kelenjar-kelenjar badan mula aktif dalam mengeluarkan antibodi dan adakalanya kelenjar-kelenjar tersebut kelihatan membengkak, seperti di pangkal peha , ketiak atau sebagainya. Dalam sesetengah keadaan pada sesetengah orang luka yang sedikit akan sembuh begitu sahaja dalam tempuh tertentu tanpa mengambil apa-apa ubat. Ini adalah kerana mereka ini mempunyai sistem pertahanan badan (natural resistance) yang kuat serta dapat menghalang pembiakan kuman tersebut. Namun apa kata jika sistem pertahanan badan itu lemah, kita akan dapati orang yang dijangkiti kuman ini akan bertambah melarat. Kawasan yang cedera akan berlaku keradangan (inflammation), sakit berdenyut-denyut, seterusnya suhu badan akan naik, keresahan , tidak selera makan dan sebagainya. Lebih membimbangkan lagi ialah penularan berlaku pada organ-organ dalaman yang lebih komplek yang melibatkan hati, jantung, buah pinggang, paru-paru, usus, otak, maka keadaan ini menimbulkan gejala-gejala penyakit seperti pneumonia, meningitis, osteomyelitis, endocarditis, toxic shock syndrome (TSS) dan septicemia. Keadaan ini akan lebih serius kerana ia boleh mengancam nyawa pesakit.

kerosakan ginjal
Liver Abscess









      
        
           Kaedah perubatan konvensional akan memberi tumpuan kepada usaha mematikan atau menghapuskan kuman-kuman penyakit ini, kerana mereka beranggapan kuman penyakit inilah yang menjadi punca kepada kerosakan organ yang menimbulkan berbagai-bagai gejala buruk pada seseorang. Penumpuan kepada penggunaan antibiotik supaya dapat membunuh kuman-kuman bakteria ini untuk mengatasi sesuatu penyakit mungkin ada kebaikannya tetapi kesan antibiotik terhadap sistem imun badan perlu diambil kira. Ini adalah kerana bukan sahaja kuman bakteria perosak sahaja yang terhapus malahan bakteria baik yang membantu tubuh dalam penghasilan beberapa jenis vitamin serta membantu sistem imun juga turut terkorban. Bukan itu sahaja, apa yang lebih menakutkan para doktor ialah apabila kuman-kuman bakteria mencapai tahap imun dan kebal terhadap antibiotik. Ini berlaku di dalam serangan sekunder terhadap vital organ seperti paru-paru, hati, limpa, ginjal, otak dan lainnya. Keadaan ini dipanggil sebagai Methicillin-resistant Staphylococcus aureus (MRSA). MRSA adalah merujuk kepada bakteria yang bertanggungjawab kepada jangkitan yang sukar dirawat dan kebal terhadap antibiotik seperti methicillin, dicloxacillin, nafcillin, oxacillin dan cephalosporins. MRSA juga dikenali sebagai multidrug-resistant Staphylococcus aureus atau oxacillin-resistant Staphylococcus aureus (ORSA). Serangan bakteria ini terhadap vital organ boleh menyebabkan kerosakan fungsi tubuh yang serius dan pada tahap terminal boleh mengancam nyawa.

           Rasulullah Sallallahu 'Alaihissolatu wassalam bersabda, "Allah tidak akan menurunkan penyakit melainkan Allah turunkan juga ubat baginya" (sahih, riwayat Ibnu Majah, Al-Hakim).

           Maka jelas sekali hadis di atas membawa maksud setiap penyakit itu ada ubatnya. Masalah sesetengah ahli perubatan mengatakan 'Oh penyakit ini tiada ubat' mestilah diperbetulkan tanggapan ini dengan mengatakan ;'Oh saya belum ketemu penawar bagi penyakit ini'.

           Walaupun kuman staphylococcus kelihatan tidak merbahaya pada suatu keadaan dan boleh mengancam nyawa pada keadaan yang lain pula, namun di dalam ilmu perubatan homeopathy bakteria ini mempunyai peranan yang sangat besar dalam senarai ubat-ubat homeopathy yang sangat berkesan. Penggunaan bahan-bahan ubat yang berpunca dari kuman penyakit juga dikenali sebagai nosode seperti Staphylococcin, Streptococcin, Morbillinum, Medhorrinum, Syphilinum, Tuberculinum, Pertussinum, Malandrinum, Vaccininum dan banyak lagi. Begitu juga penggunaan ubat yang berpunca dari rembesan mukosa haiwan seperti Adrenalin, Thyroidinum, Pepsinum, Pencreatinum dan sebagai lagi. Semua ubat yang tersebut di atas disediakan secara potentisation mengikut kaedah homeopathy dalam 'Minimal Dose'. Kaedah menggunakan kuman penyakit dan rembesan mukosa haiwan dipanggil Isopathic. Isopathic ini mula diperkenalkan oleh Johann Joseph Wilhelm Lux ( 1773-1849).  

kaedah potentisation
       
           Melalui pengalaman saya mengubat pesakit MRSA adalah suatu pengalaman yang mengujakan. Beberapa tahun lalu seorang rakan saya telah mengalami demam yang melampau. Semua ubat seperti paracetamol dan antibiotik tidak menjadi. Beliau dimasukkan ke Hospital besar Kemaman kerana disyaki demam denggi. Namun doktor tidak dapat berbuat apa-apa dan terpaksa transfer ke Hospital Tengku Ampuan Hafzan, Kuantan, Pahang. Setelah hampir seminggu berada di hospital tersebut namun masih tidak menampakkan perubahan kepada kesembuhan. Doktor mengesahkan beliau mengidap Liver Abscess atau bisol pada hati. Antibiotik ditukar silih berganti. Tubuh makin menyusut, suhu badan tidak turun-turun, muka pucat, mata menguning, Selera terjejas dan makanan dirasakan semuanya masin.
          
        Saya menawarkan kepadanya untuk mencuba ubat homeopathy dan dia setuju. Dari keseluruhan gejala-gejala penyakit saya sudah dapat memilih beberapa penawar seperti China Officinalis, Hepar Sulphuris Calcarea, Calcarea Sulp, Myristica Sebifera dan sebagainya, namun saya lebih cenderung untuk memilih ubat yang bernama Staphylococcinum 200. Hasilnya setelah hanya satu dos diberikan (seingat saya hari khamis) dan keesokan harinya suhu badannya kembali normal. Doktor memantaunya beberapa hari berikutnya dan telah dibenarkan pulang setelah berpuashati keadaan kawan saya itu. Sekembalinya di Kemaman Terengganu beliau terus menghubungi saya untuk mendapatkan rawatan lanjut. Saya membekalkan beberapa dos lagi ubat staphylococcin 200 dan Aconitum Napulus 6. Setelah sebulan beliau mengambil ubat homeopathy beliau membuat ujian ultrasound dan hasilnya beliau telah bebas dari idapan abscess pada hati. Alhamdulillah.
       
        Kes kedua melibatkan seorang lelaki berusia lewat 60an. Bermula dengan pembedahan membuang batu karang, selang beberapa minggu beliau mengalami demam yang tinggi. Setelah dirujuk kembali ke hospital dimana dia melakukan pembedahan buah pinggang didapati beliau mengidap jangkitan MRSA. Saya difahamkan beliau terpaksa melakukan pembedahan membuang nanah pada buah pinggang sudah lebih dari tiga kali. Akhirnya beliau datang ke klinik saya untuk menyelesaikan masalah tersebut. Terima kasih kepada Allah yang telah menciptakan penyakit dan dengan kuman penyakit itu jualah bertukar menjadi penawar yang hebat.
 
 http://pusathomeopathy.blogspot.com/2011/07/staphylococcus-aureus-kuman-biasa-yang.html

No comments:

Post a Comment