Monday, February 21, 2011
Sakit Lutut
Sakit lutut adalah antara sakit sendi yang sering dialami oleh berbagai
peringkat umur. Namun bukan semua sakit lutut itu berpunca dari sebab
yang sama. Tujuan blog ini adalah untuk membantu pembaca mengenal jenis
sakit lutut yang dialami serta membantu dari segi mendapatkan rawatan
yang sesuai.
Secara ringkas sakit lutut dapat dibahagikan kepada beberapa jenis mengikut gejala yang dialami:
Secara ringkas sakit lutut dapat dibahagikan kepada beberapa jenis mengikut gejala yang dialami:
Jenis Masalah LUTUT yang dialami:
· Sakit apabila hendak naik turun tangga, mencangkung atau sembahyang.
Sakit
lutut sebegini kerap berlaku pada kaum wanita, terutama yang aktif
berkerja serta menjaga rumah tangga. Puncanya adalah dari kepala atau
tempurung lutut. Pada peringkat awal beberapa tekinik senaman untuk
menguatkan sendi ini amat mujarab. Sila lihat cara latihan ini
dilakukan.
· Lutut bengkak dan sakit setelah baru tercedera.
Kecederaan
lutut akibat kecederaan sukan atau jalanraya boleh disebabkan oleh
kecederaan serius kepada ligament atau struktur lain didalamnya.
Mengetahui langkah langkah awal dapat membantu mengurangkan sakit,
bengkak serta rawatan lanjutan yang patut dilakukan.
· Lutut sering terpelecok setelah tercedera seketika dahulu
Akibat
kecederaan sukan atau jalanraya beberapa minggu atau bulan sebelumnya
kini lutut menjadi tidak stabil dan senang terpelecok menyebabkan
seseorang itu was was melakukan akitiviti aktiviti lasak.
· Lutut sakit, bengkak dan membengkok.
Akibat
kehausan selaput rawan lutut, menyebabkan lutut sentiasa sakit, bengkak
dan membengkok. Ketahui rawatan yang dapat dilakukan.
· Lain lain masalah lutut yang jarang dialami
Kecederaan Lutut Yang Serius KECEDERAAN LIGAMEN ACL
· Tanda kecederaan lutut yang serius telah berlaku, sekiranya ia bengkak dan sakit setelah terpelecok atau akibat dikasari.
· Ramai
pesakit tidak menyedari akan kecederaan mereka kerana kesakitan dan
bengkak akan reda dengan sendiri dalam masa beberapa minggu.
· Pesakit
hanya menyedari fungsi lutut tidak normal apabila cuba bermain semula
dan mendapati lutut senang terkehel dengan sendirinya.
· Malangnya ramai yang masih tidak mendapatkan rawatan pada peringkat ini.
· Dalam masa beberapa tahun lutut akan mulai sakit dan bengkak akibat kehausan selaput rawan dan menjadi bertambah longgar.
Latar belakang
Di
Malaysia, permainan bolasepak adalah antara jenis sukan yang paling
popular di kalangan masyarakat kita tidak mengira bangsa ataupun umur.
Sungguhpun sukan ini kurang lasak berbanding dengan sukan ragbi, namun
kecederaan tetap berlaku.
Kebanyakkan
kecederaan yang dialami oleh pemain boleh dianggap ringan. Walau
bagaimanapun terdapat juga kecederaan lutut yang serius yang sering
berlaku tetapi tidak dikesan atau lambat dikesan. Kecederaan lutut ini
dikatakan serius kerana membawa kesan buruk dalam jangkamasa panjang
(5-10 tahun) dimana lutut itu akan haus, bengkak dan kesakitan –
osteoarthritis.
Anatomi Sendi Lutut
Sendi
ini adalah sendi terbesar dalam badan dan ia penting untuk pergerakkan.
Dua kumpulan ligamen memberikan kestabilan padanya: ligamen ligamen
krusiat (cruciate) dan ligamen ligamen kolateral (Collaterals).
Ligamen Krusiat
Ligamen ligamen ini terletak ditengah tengah lutut dan ia menyambungkan tulang peha (femur) kepada tulang kering (tibia).
Terdapat
2 jenis ligamen krusiat iaitu ligamen krusiat depan (ACL –anterior
cruciate ligament) dan ligamen krusiat belakang (PCL- posterior cruciate
ligament) yang masing masing berukuran antara 2.5 – 3.5cm panjang.
Mereka berfungsi memegang sendi lutut dengan kukuh agar ia stabil ketika
lutut digerakkan. Kestabilan ini penting supaya pergerakkan lutut
berfungsi dengan lancar dan licin.
Oleh
kerana kedua dua ligamen ini berkedudukan menyilangi antara satu dengan
lain membentuk seperti huruf ‘X’ maka ia dinamakan ‘cruciate’.
Kecederaan Ligamen ACL
Kecederaan
yang dimaksudkan dan penting untuk diberi perhatian adalah kecederaan
ligamen lutut ACL (anterior cruciate ligament atau ligamen krusiat
hadapan).
Berbeza
dengan kecederaan lain, umpamanya seperti kederaan ligamen buku lali
(ankle) yang biasanya boleh sembuh dengan sendiri, ligamen ACL yang
tercedera akan terkoyak dan terputus seperti tali guni dan tidak dapat
sembuh dengan sendiri.
Tanpa
ACL lutut akan mudah terkehel atau terpelecok dengan sendiri dan anda
mungkin akan terjatuh secara tiba-tiba disebabkan ketidakstabilan sendi
lutut. Tanpa ligamen ini aktiviti harian biasa yang tidak lasak seperti
berjalan dan menaiki tangga atau sembahyang masih boleh dilakukan.
Sebaliknya
aktiviti seperti bermain bolasepak, bola keranjang, sepaktakraw, bola
jaring, berjalan diatas permukaan licin atau berlopak menjadi lebih
sukar. Ini kerana pesakit perlu lebih berhati-hati agar lutut tidak
beralih secara tiba tiba.
Ia diibaratkan membawa
kereta dengan tali keledar yang telah putus atau rosak, sungguhpun
kereta masih boleh dipandu tetapi risiko kecederaan jika berlakunya
kemalangan amat tinggi.
Bagaimana kecederaan ligamen ACL berlaku?
Kecederaan ACL bermula dengan lutut yang terpelecok yang boleh berlaku dengan beberapa cara terutama apabila:
· Terpijak didalam lopak.
· Melakukan larian pintasan (berlari dengan laju sambil menukar arah dengan tiba tiba – cutting ).
· Memusingkan badan sambil kaki terpasak ketanah, dimana lutut akan terpusing dan terpelecok. Iaitu bila hendak menendang bola.
· Jatuh
dengan kekok dari lompatan samada untuk menendang/ menanduk bola atau
menangkap bola. Ia itu kurang cermat semasa membuat pendaratan sewaktu
melompat.
· atau bila dikasari oleh pihak lawan, dimana dirempuh atau direbahkan dengan lasak.
Didalam
keadaan dibawah lutut pemain terasa seolah ia meletup dan berbunyi
‘pop’ sambil lutut terpelecok, pemain akan rebah ke tanah kesakitan dan
terpaksa diusung keluar padang.
Lutut akan mula bengkak dengan cepat. Jika anda pernah mengalami
kecederaan seperti diatas kemungkinan besar (90% kebarangkalian) ligamen
ACL anda telah tercedera/ putus.
Dihospital
atau klinik x-ray lutut yang diambil tidak akan menunjukkan sebarang
kelainan. Pemain diberi ubat tahan sakit dan jaminan bahawa tiada
kecederaan ‘serius’ telah berlaku pada lutut beliau kerana x-ray
kelihatan ‘normal’.
Pemain akan pulang ke rumah dengan rasa puas hati kerana diberitahu kecederaan tidak serius. Dalam masa 2-3 minggu bengkak pada
lutut akan surut dan sakit berkurangan. Pemain boleh berjalan dengan
lebih selesa, sungguhpun kemungkinan semasa sembahyang masih kekok
sedikit. Hampir semua mereka yang mengalami kecederaan ACL boleh kembali
ke pekerjaan asal jika bekerja dipejabat.
Setelah
2-3 bulan berlalu, lutut akan terasa seolah olah telah sembuh dan pada
masa itulah ramai yang akan beraksi semula dipadang atau mula melakukan
sukan/senaman berat. Sebaik sahaja pemain mula bermain, dalam masa tidak
sampai 5 minit pun ketika hendak melakukan dribble atau menendang bola,
lutut yang tercedera akan terseliuh semula dengan sendirinya. Pemain
akan terpaksa keluar padang walaupun sakit dan bengkak mungkin tidak
seteruk kali pertama. Kesakitan dan bengkak akan surut semula dan setiap
kali ini berlaku pemain akan turun ke padang semula dan lutut akan
sekali lagi terseliuh.
Ada
sesetengah akan terus bermain bolasepak walaupun lutut kerap terkehel,
manakala sesetengah akan berhenti bermain buat selamanya. Bagi mereka
yang terus bermain walaupun lutut kerap terkehel akan timbul masalah
kecederaan pada struktur struktur lain yang terdapat didalam lutut
seperti meniskus, selaput rawan, tulang dan ligamen ligamen lain. Lutut
kemungkinan terkunci jika meniskus terkoyak sambil tersangkut dicelah
sendi. Apabila ini berlaku lutut akan tiba tiba tersangkut dan tidak
dapat diluruskan. Lutut akan haus dengan cepat jika ia terkehel terlalu
kerap. Ligamen ligamen lain mungkin tercedera juga dimana menyebabkan
lutut bertambah longgar.
Didalam
keadaan dibawah lutut pemain terasa seolah ia meletup dan berbunyi
‘pop’ sambil lutut terpelecok, pemain akan rebah ke tanah kesakitan dan
terpaksa diusung keluar padang.
Lutut akan mula bengkak dengan cepat. Jika anda pernah mengalami
kecederaan seperti diatas kemungkinan besar (90% kebarangkalian) ligamen
ACL anda telah tercedera/ putus.
Dihospital
atau klinik x-ray lutut yang diambil tidak akan menunjukkan sebarang
kelainan. Pemain diberi ubat tahan sakit dan jaminan bahawa tiada
kecederaan ‘serius’ telah berlaku pada lutut beliau kerana x-ray
kelihatan ‘normal’.
Pemain akan pulang ke rumah dengan rasa puas hati kerana diberitahu kecederaan tidak serius. Dalam masa 2-3 minggu bengkak pada
lutut akan surut dan sakit berkurangan. Pemain boleh berjalan dengan
lebih selesa, sungguhpun kemungkinan semasa sembahyang masih kekok
sedikit. Hampir semua mereka yang mengalami kecederaan ACL boleh kembali
ke pekerjaan asal jika bekerja dipejabat.
Setelah
2-3 bulan berlalu, lutut akan terasa seolah olah telah sembuh dan pada
masa itulah ramai yang akan beraksi semula dipadang atau mula melakukan
sukan/senaman berat. Sebaik sahaja pemain mula bermain, dalam masa tidak
sampai 5 minit pun ketika hendak melakukan dribble atau menendang bola,
lutut yang tercedera akan terseliuh semula dengan sendirinya. Pemain
akan terpaksa keluar padang walaupun sakit dan bengkak mungkin tidak
seteruk kali pertama. Kesakitan dan bengkak akan surut semula dan setiap
kali ini berlaku pemain akan turun ke padang semula dan lutut akan
sekali lagi terseliuh.
Ada
sesetengah akan terus bermain bolasepak walaupun lutut kerap terkehel,
manakala sesetengah akan berhenti bermain buat selamanya. Bagi mereka
yang terus bermain walaupun lutut kerap terkehel akan timbul masalah
kecederaan pada struktur struktur lain yang terdapat didalam lutut
seperti meniskus, selaput rawan, tulang dan ligamen ligamen lain. Lutut
kemungkinan terkunci jika meniskus terkoyak sambil tersangkut dicelah
sendi. Apabila ini berlaku lutut akan tiba tiba tersangkut dan tidak
dapat diluruskan. Lutut akan haus dengan cepat jika ia terkehel terlalu
kerap. Ligamen ligamen lain mungkin tercedera juga dimana menyebabkan
lutut bertambah longgar.
Kitaran yang akan berlaku sekiranya kecederaan ACL tidak menerima rawatan
Setelah
beberapa tahun, kekerapan dan kesenangan lutut terpelecok berlaku
dengan bertambah kerap menyebabkan ia bengkak dan kesakitan menjadi
kronik. Pada waktu ini pemain tidak dapat bermain lagi / tidak dapat
berjalan jauh/ berdiri lama/ menaiki tangga/ sembahyang dalam keadaan
yang normal kerana lutut sakit, bengkak dan pergerakkan terjejas.
Berat
badan mula meningkat kerana susah hendak bersenam. Ini menimbul kesan
pada lutut kerana terpaksa memikul beban yang lebih, juga masalah
kesihatan lain akibat kegemukkan mungkin juga timbul. Sayangnya usia
pemain itu mungkin hanya 30an atau 40an dimana badan dan kemahuan masih
ada untuk terus aktif tetapi lutut tidak membenarkan.
Senario
diatas menceritakan bagaimana kecederaan ACL membawa kepada masalah
kronik dalam jangkamasa panjang jika tidak dirawat atau dikesan pada
peringkat awal.
Kecederaan Ligamen ACL di Malaysia
Di Malaysia senario yang lazim berlaku adalah dimana pemain yang luka akan pulang ke rumah dengan lutut yang semakin membengkak. Ais
mungkin digunakan untuk mengurangkan sakit dan bengkak. Kadang kala
lutut juga dituam dengan tuala panas ataupun ditungku. Ramai yang
memilih untuk berjumpa dengan bomoh dan dukun. Ada segelintir yang akan
berjumpa doktor.
Ramai
pesakit yang mengalami kecederaan ini tidak datang mendapatkan rawatan
pada peringkat awal kerana tidak tahu wujudnya kecederaan ini pada lutut
mereka. Kebanyakkan datang apabila timbul komplikasi akibat kecederaan
asal. Pada peringkat ini rawatan bertambah rumit.
Di
Malaysia kefahaman dan pendedahan orang ramai terhadap kecederaan
ligamen ACL masih jauh kekurangan, oleh itu jika anda pernah mengalami
kecederaan lutut dimana ia menjadi bengkak dengan serta merta,
kemungkinan besar ligamen ACL anda telah cedera. Dapatkan rawatan awal
di hospital yang mempunyai kepakaran ortopedik atau kecederaan sukan
supaya masalah ini dapat dikesan pada peringkat awal dan tidak dibiarkan
berlarutan.
Anda
perlu berbincang dengan doktor ortopedik anda tentang rawatan lanjutan.
Ini banyak bergantung kepada aktiviti seseorang serta minat dan motivasi individu tersebut untuk terus bersukan.
Diagnosis Kecederaan Ligamen ACL
Diagnosis
kecederaan ACL dilakukan setelah melakukan pemeriksaan yang teliti
keatas pesakit dan lutut yang tercedera. X-ray dan / atau MRI mungkin
dilakukan bagi menyokong diagnosis. X-ray dilakukan untuk menentukan
jika ada keretakan atau kepatahan tulang. Ia tidak dapat menentukan
samada ligamen ACL telah terputus. Hanya pemeriksaan MRI (Magnetic
Resonance Imaging) dapat menunjukkan kecederaan pada ACL dengan jelas.
Kecederaan
ligamen ACL pada mereka yang muda dan aktif mungkin memerlukan
pembedahan gantian ligamen. Bagi mereka yang kurang aktif dan telah agak
berumur pembedahan mungkin tidak perlu memadai dengan melakukan latihan
fisioterapi dan mengelakan dari aktiviti aktiviti yang berisiko.
Merawat Kecederaan Ligamen ACL
Perawaatan
kecederaan lutut yang serius bermula pada tempat kejadian (dipadang
permainan, jalanraya dan sebagainya) dengan memberikan rawatan awal
kecemasan iaitu dengan membantu pesakit keluar dari tempat kejadian
dengan selesa dan selamat.
Seterusnya melakukan rawatan R.I.C.E terapi iaitu singkatan untuk:
· Rest:
· Ice:
· Compression:
· Elevation and immobilization:
Kemudiannya
pesakit boleh dibawa ke hospital atau klinik berdekatan di mana doctor
akan memeriksa tahap kecederaan lutut dengan bantuan xray. Ubat untuk
mengurangkan sakit dan bengkak jaga diberikan.
Rawatan
selanjutnya dengan doctor pakar untuk mengenal pasti dengan terperinci
kecederaan yang dialami menggunakan teknik imbasan MRI dsb. Setelah
ditentukan bahwa kecederaan ACL telah berlaku maka pakar dan pesakit
akan berbincang tentang langkah selanjutnya iaitu untuk merawat secara
pembedahan atau tanpa memerlukan pembedahan.
Rawatan tanpa pembedahan.
· Ini mungkin disebabkan faktor usia pesakit atau aktivti harian yang dilakukan tidak begitu lasak.
· Pesakit merasai kestabilan lutut tidak begitu terjejas.
· Rawatan meliputi/ merangkumi program menguatkan otot, selalunya menggunakan brace untuk membantu kestabilan.
Rawatan pembedahan.
· Ligamen ACL diganti dengan serat tendon patella yang dimasukkan dan dipasangkan kedalam sendi.
· Pembedahan ini diikuti oleh program rehabilitasi bagi menguatkan dan mengembalikan pergerakkan sendi lutut ke keadaan asal.
Rawatan
pembedahan gantian ligamen ACL dilakukan dengan menggunakan bantuan
teknik artroskopik, iaitu menggunakan kamera kecil serta peralatan
canggih yang dimasukkan ke dalam lutut sewaktu pembedahan dilakukan.
Teknik ini mengecilkan lubang atau hirisan yang perlu dilakukan dengan
pembedahan konvensional atau terdahulu. Menyebabkan masa pemulihan serta
sakit dari luka pembedahan berkurangan.
Antara pemain bolasepak profesional yang telah kecederaan ACL mereka dan kembali aktif pada peringkat antarabangsa adalah:
· Ruud Van Nistlerooy
· Roy Keane
· Paul Gascoigne
· Alan Shearer
· Del Piero
· Gustavo Poyet
· Ruud Gullitt
No comments:
Post a Comment