Saturday 15 June 2013

Panduan Membaca Label Makanan

Label makanan meliputi apa-apa jenama, tanda, bahan bergambar atau lain-lain pemerihalan yang bertulis atau bercetak pada sesuatu bungkusan makanan. Label makanan bukan sahaja berfungsi sebagai pelengkap hiasan pembungkus makanan, malah ia mampu membantu kita membuat pilihan pemakanan yang bijak sekiranya kita mengetahui cara menggunakan maklumat yang tertera di dalamnya. Melalui label makanan, kita boleh membezakan kandungan pemakanan antara pelbagai jenama dan mengetahui yang mana lebih tinggi atau rendah kandungan nutriennya.

Antara maklumat yang boleh didapati pada label makanan yang membantu kita dalam membuat pemilihan makanan meliputi panel maklumat pemakanan, akuan pemakanan, senarai ramuan, penandaan tarikh dan informasi mengenai pengilang atau pengeluar.

Panel Maklumat Pemakanan
Panel Maklumat Pemakanan menunjukkan senarai jumlah tenaga dan beberapa jenis nutrien seperti karbohidrat, protein dan lemak dalam sesuatu produk makanan. Contoh Panel Maklumat Pemakanan seperti di bawah.
MAKLUMAT PEMAKANAN / NUTRITION INFORMATION
Saiz Hidangan / Serving Saiz : 2 keping (50g)
Jumlah Hidangan Setiap Paket / Serving Per Package : 4
Nutrien / Nutrients
Setiap / Per 100g
Setiap Hidangan / Per Serving
Tenaga / Energy
230 kcal (966 kJ)
115 kcal (483 kJ)
Karbohidrat / Carbohydrate
32.0g
16.0g
Protein / Protein
8.0g
4.0g
Lemak / Fat
8.0g
4.0g


Akuan Pemakanan Pada Label
Akuan pemakanan ialah sebarang akuan yang dibuat pada label makanan tentang kualiti pemakanan. Akuan seperti “bebas lemak”, “tinggi vitamin C” atau “gula dikurangkan” boleh dijumpai pada produk yang memenuhi syarat-syarat tertentu untuk membuat akuan berkaitan.
Jenis-jenis dan penerangan berhubung akuan pemakanan ini diringkaskan seperti berikut:
Jenis Akuan
Kata Kunci
Penerangan
 
 
 
Akuan Kandungan Nutrien
“rendah dalam” (low)
“bebas” (free / zero / no)
Contoh: “rendah lemak”, “bebas gula”.
Melibatkan nutrien yang dikatakan tidak baik untuk kesihatan jika diambil berlebihan seperti lemak, kolesterol, gula atau garam.
“sumber” (source)
“tinggi dalam” (high / rich)
Contoh: “sumber protein”, “tinggi kalsium”.
Melibatkan nutrien yang berguna untuk kesihatan seperti protein, vitamin atau mineral.
 
 
 
Akuan perbandingan nutrien
“dikurangkan” (reduced)
“sedikit / ringan” (less / light)
Contoh: “natrium dikurangkan”
Melibatkan formulasi baru sesuatu produk di mana nutrien tertentu yang dikaitkan sebagai tidak baik untuk kesihatan telah dikurangkan berbanding formula yang asal.
“tambahan” (more / extra)
“lebih daripada” (increased)
Contoh: “kalsium tambahan”
Melibatkan formulasi baru sesuatu produk di mana nutrien tertentu yang dikaitkan sebagai baik untuk kesihatan telah ditingkatkan berbanding formula yang asal.
 
 
 
 
Akuan fungsi nutrien
Hanya senarai akuan yang dibenarkan di bawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985 mengikut syarat-syarat tertentu yang melibatkan:
  • fungsi nutrien klasik seperti protein, vitamin dan mineral tertentu
    • contoh:“kalsium membantu perkembangan tulang dan gigi yang kuat”.
  • komponen-komponen lain yang telah dikenal pasti seperti lutein, beta glukan, sterol tumbuhan, asid sialik dan sebagainya
    • contoh: “beta glukan daripada oat membantu merendahkan kolesterol”.

  • Akuan memperihalkan peranan nutrien dalam fungsi badan yang normal berdasarkan perkembangan dan bukti saintifik.
  • Akuan tidak menyiratkan nutrien tersebut mampu merawat, menyembuh atau melindungi daripada penyakit tertentu.
 

Senarai Ramuan
Senarai ramuan pada label makanan adalah cara terbaik untuk mengetahui isi kandungan makanan berbungkus. Kita juga boleh mengetahui ramuan yang boleh menyebabkan alahan makanan melalui senarai ramuan yang dipamerkan.
Beberapa perkara yang boleh membantu kita daripada maklumat senarai ramuan tersebut adalah:

Penandaan Tarikh
Peraturan-peraturan Makanan 1985 mewajibkan makanan mudah rosak seperti rumusan bayi, susu dan hasil susu, biskut, roti, makanan bijirin untuk kanak-kanak, jus buah dan sayur-sayuran dipasteur menyatakan penandaan tarikh. Ia dinyatakan di dalam bentuk seperti berikut “TARIKH AKHIR”, “GUNA SEBELUM”, “MAKAN SEBELUM”, “MINUM SEBELUM” atau “BAIK SEBELUM”. Sebelum membeli, kita perlu memastikan prosuk tersebut tidak terlalu dekat dengan penandaan tarih terutama bagi produk yang dijual dengan harga promosi atau jualan murah. Kita seharusnya sentiasa peka dengan penandaan tarikh produk dan hanya mengambilnya sebelum tarikh yang tertera kerana kualiti dan kandungan pemakanan di dalamnya akan terjejas sekiranya kita mengambil produk ini selepas tarikh yang tertera.

  





Semakan Akhir : 08 Ogos 2012
Penulis : Nurul Hidayati bt. Mohd. Nasir

No comments:

Post a Comment