KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan tidak memperakui rokok
elektronik sebagai alat bantuan berhenti rokok dan tidak menggalakkan
orang ramai untuk menggunakannya.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata,
keberkesanannya sebagai alat bantuan berhenti merokok masih belum
disahkan serta keselamatan cecair nikotin rokok elektronik juga diragui.
Menurutnya, kementerian telah menjalankan analisis terhadap beberapa
jenama cecair rokok e-elektronik yang dijual di pasaran dan mendapati
kesemua cecair tersebut mengandungi nikotin iaitu bahan racun yang
dikawal di bawah Akta Racun 1952.
“Cecair rokok tersebut dikesan mengandungi bahan-bahan kimia
berbahaya seperti Diethylene glycol yang beracun dan Nitrosamine yang
boleh menyebabkan kanser.
“Pengambilan nikotin yang berlebihan juga boleh menyebabkan keracunan
manakala Pertubuhan Kesihatan Sedunia sebelum ini pernah memberi amaran
bahawa kemasukan nikotin terus ke dalam paru-paru berkemungkinan boleh
menyebabkan kesan keracunan dan ketagihan yang lebih memudaratkan,”
katanya dalam satu kenyataan kepada Kosmo! di sini baru-baru ini.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.
No comments:
Post a Comment