TETAPI ada pasangan yang mempunyai masalah ini yang mengatakan itu
sudah ditentukan takdir. Malangnya ada juga yang menyalahkan pasangan
masing-masing kerana kegagalan melahirkan anak sebagai penyambung
zuriat.
Menurut pakar Obstetrik, Ginekologi dan Kesuburan, Dr. Surinder Singh, kesedaran mengenai masalah tidak subur dan rawatan baginya masih lagi rendah di Asia.
"Banyak faktor risiko bagi lelaki dan perempuan adalah sama. Satu
pertiga daripada kes mandul berpunca daripada wanita manakala satu
pertiga lagi oleh kaum lelaki.
"Selebihnya oleh campuran pelbagai sebab daripada pihak wanita dan
lelaki dan faktor yang tidak diketahui punca," kata Dr Surinder sambil
menambah bahawa gaya hidup pasangan terbabit turut mempengaruhi.
Faktor umur sudah tentu antara sebab utama punca kemandulan.
Kesuburan wanita akan mula berkurangan pada umur 30 tahun dan ke atas manakala lelaki pada usia 40 tahun dan ke atas.
Merokok, alkohol
Menurut Dr Surinder, tabiat merokok dan minum alkohol secara
berlebihan akan mengganggu peluang pasangan suami-isteri untuk mendapat
anak.
Bagi wanita tiada tahap selamat bagi pengambilan alkohol semasa mengandung.
"Minum alkohol secara berlebihan akan menambah risiko kecacatan bayi
pada masa kelahiran selain menyukarkan wanita untuk mengandung," jelas
Dr Surinder.
Katanya lagi, mempunyai berat badan yang lebih atau kurang daripada
sepatutnya atau bersenam secara berlebihan boleh mengakibatkan masalah
kesuburan.
Ujian
Pasangan yang bermasalah perlu menjalani ujian kesuburan bagi mengenali punca masalah itu.
Bagi pasangan yang berumur lebih 35 tahun dan mempunyai masalah kesuburan, mereka memang digalakkan menjalani ujian itu.
"Dalam masalah itu, biasanya pasangan wanita mengalami pusingan menstrual (haid) yang tidak menentu (tidak normal).
"Ada beberapa ujian untuk mengenalpasti punca masalah bagi kedua-dua pasangan," kata Dr Surinder.
"Ini termasuk pemeriksaan fizikal, ujian hormon dan air mani bagi lelaki manakala bagi wanita, perlu menjalani ujian ovulasi, Laparoscopy selain ujian hormon dan imbasan bunyi (ultrasound) pelvik," jelas pakar itu.
Selepas pemeriksaan fizikal yang lengkap, pesakit akan ditanya
mengenai riwayat perubatan, sebarang penyakit yang ada selain ubat yang
diambil, kurang upaya yang ada, serta kegiatan seksual.
Analisis air mani (semen) lelaki juga dijalankan bagi mengetahui
kuantiti, warna dan sama ada wujud sebarang jangkitan (infeksi).
Semua ujian ini membantu doktor mengetahui sama ada lelaki mengeluarkan sperma yang sihat dan cukup bagi persenyawaan, katanya.
Bagi pasangan wanita pula, ujian dijalankan untuk mengetahui sama ada
beliau masih menjalani proses ovulasi yang normal (termasuk mengetahui
tahap hormon yang ada).
Ujian Laparoscopy juga dijalankan (pesakit diberi bius am)
untuk mengkaji tahap tiub falopian, ovari dan uterus beliau samada
mempunyai masalah patologi.
"Ujian Laparoscopy boleh mengenalpasti samada wanita itu masih
mengeluarkan benih yang sihat dan sama ada laluan reproduktifnya
membenarkan sperma dan telur wanita melalui tiub falopian," jelas Dr
Surinder, yang juga presiden Malaysian Society of Assisted Reproductive
Technology (MSART).
Harapan
MSART, dengan kerjasama syarikat farmaseutikal Merck Serono, baru-baru melancarkan kempen Harapan Mendapatkan Anak.
Kempen itu adalah mengenai program menggunakan kaedah holistik bagi mereka yang mengalami masalah kesuburan.
Selain menimbulkan kesedaran mengenai kesuburan dan masalah
bersangkutan, program itu juga memberi maklumat mengenai rawatan yang
ada selain menghulurkan panduan.
Ia juga menyentuh mengenai kemandulan (tidak subur), iaitu satu
situasi yang dianggap 'janggal' dan memang jarang serta dijauhi dari
diperkatakan.
Kos rawatan mungkin tinggi tetapi program berkenaan menyaksikan
pasangan yang sebelum ini tidak mempunyai zuriat berjaya mendapat cahaya
mata melalui kaedah Persenyawaaan dalam Vitro atau IVF (In Vitro Fertlisation).
Bagi yang masih gagal, bantuan susulan akan diberi dengan syarat
pasangan berkenaan menjalani rawatan IVF pertama. Rawatan IVF hanya
sesuai jika pasangan mempunyai bilangan sperma yang normal.
Opsyen lain termasuk Intra Cystoplasmic Sperm Injection (ICSI) bagi pasangan lelaki yang mempunyai masalah bilangan atau kuantiti sperma rendah.
Juga terdapat kaedah Gamete Intra Fallopian Transfer (GIFT) tetapi teknologi ini agak lama dan tidak berapa digemari berbanding kaedah IVF.
Untuk keterangan lanjut boleh layari www.fertilityasia.com.my. — Bernama
Titanium Alloy Art - TITEN AT The Tiagian Museum
ReplyDeleteThe Tiagian micro touch titanium trimmer Museum is the largest cultural heritage museum titanium white dominus price in the world, titanium jewelry piercing founded in 1868. It is the only museum in China titanium rings dedicated to the Chinese titanium wire