 |
| Bakteria Staphylococcus Aureus |
Staphylococcus Aureus merupakan kumpulan bakteria yang
hidup di atas permukaan kulit dan di dalam rongga hidung manusia, atau
rongga-rongga lain pada badan kita. Ia pertama kalinya ditemui oleh
Dr. Alexander Ogston, seorang pakar bedah di
Aberdeen, Scotland pada tahun 1880.
Kuman ini mungkin berada di muka kita, di perut, dada, tapak tangan
atau di mana2 sahaja pada badan kita. Selama mana kulit kita mengalami
kecederaan seperti terhiris pisau, kulit melecet, terbakar, digigit
serangga atau sebagainya, bakteria ini tidak memberi apa-apa kesan
kepada kita walaupun kita sentiasa terdedah kepada bakteria ini. Bila
kita mendapat luka dan dibiarkan begitu sahaja tanpa dirawat maka kita
akan dapati pembentukan nanah berlaku pada tempat cedera tersebut. Ini
adalah kerana bakteria staphylococcus ini mula aktif menyerang sistem
badan dan membiak serta membentuk nanah.
Staphylococcus Aureus juga di kenali sebagai
Staph Aureus atau S. Aureus, yang membawa maksud "golden grape-cluster berry",
"golden cluster seed", "the seed gold." atau "golden staph". Pada umumnya kuman ini mempunyai kaitan dengan penyakit-penyakit seperti pimples,
impetigo (boleh juga disebabkan oleh Streptococcus pyogenes), boils
(furuncles), cellulitis folliculitis, carbuncles, scalded skin syndrome
dan abscesses.
 |
| bisul |
Secara semula jadi badan kita akan mengeluarkan antibodi untuk
mempertahankan badan dari serangan kuman ini. Kelenjar-kelenjar badan
mula aktif dalam mengeluarkan antibodi dan adakalanya kelenjar-kelenjar
tersebut kelihatan membengkak, seperti di pangkal peha , ketiak atau
sebagainya. Dalam sesetengah keadaan pada sesetengah orang luka yang
sedikit akan sembuh begitu sahaja dalam tempuh tertentu tanpa mengambil
apa-apa ubat. Ini adalah kerana mereka ini mempunyai sistem pertahanan
badan (natural resistance) yang kuat serta dapat menghalang pembiakan
kuman tersebut. Namun apa kata jika sistem pertahanan badan itu lemah,
kita akan dapati orang yang dijangkiti kuman ini akan bertambah melarat.
Kawasan yang cedera akan berlaku keradangan (inflammation), sakit
berdenyut-denyut, seterusnya suhu badan akan naik, keresahan , tidak
selera makan dan sebagainya. Lebih membimbangkan lagi ialah penularan
berlaku pada organ-organ dalaman yang lebih komplek yang melibatkan
hati, jantung, buah pinggang, paru-paru, usus, otak, maka keadaan ini
menimbulkan gejala-gejala penyakit seperti
pneumonia, meningitis, osteomyelitis, endocarditis, toxic shock syndrome (TSS) dan septicemia. Keadaan ini akan lebih serius kerana ia boleh mengancam nyawa pesakit.
 |
| kerosakan ginjal |
 |
| Liver Abscess |
Kaedah perubatan konvensional akan memberi tumpuan kepada
usaha mematikan atau menghapuskan kuman-kuman penyakit ini, kerana
mereka beranggapan kuman penyakit inilah yang menjadi punca kepada
kerosakan organ yang menimbulkan berbagai-bagai gejala buruk pada
seseorang. Penumpuan kepada penggunaan antibiotik supaya dapat membunuh
kuman-kuman bakteria ini untuk mengatasi sesuatu penyakit mungkin ada
kebaikannya tetapi kesan antibiotik terhadap sistem imun badan perlu
diambil kira. Ini adalah kerana bukan sahaja kuman bakteria perosak
sahaja yang terhapus malahan bakteria baik yang membantu tubuh dalam
penghasilan beberapa jenis vitamin serta membantu sistem imun juga turut
terkorban. Bukan itu sahaja, apa yang lebih menakutkan para doktor
ialah apabila kuman-kuman bakteria mencapai tahap imun dan kebal
terhadap antibiotik. Ini berlaku di dalam serangan sekunder terhadap
vital organ seperti paru-paru, hati, limpa, ginjal, otak dan lainnya.
Keadaan ini dipanggil sebagai
Methicillin-resistant Staphylococcus aureus (
MRSA).
MRSA adalah merujuk kepada bakteria yang bertanggungjawab kepada
jangkitan yang sukar dirawat dan kebal terhadap antibiotik seperti
methicillin
, dicloxacillin
, nafcillin
, oxacillin dan cephalosporins
. MRSA juga dikenali sebagai
multidrug-resistant Staphylococcus aureus atau
oxacillin-resistant Staphylococcus aureus (ORSA). Serangan bakteria ini terhadap
vital organ boleh menyebabkan kerosakan fungsi tubuh yang serius dan pada tahap terminal boleh mengancam nyawa.
Rasulullah Sallallahu 'Alaihissolatu wassalam bersabda,
"Allah tidak akan menurunkan penyakit melainkan Allah turunkan juga ubat baginya" (sahih, riwayat Ibnu Majah, Al-Hakim).
Maka jelas sekali hadis di atas membawa maksud setiap
penyakit itu ada ubatnya. Masalah sesetengah ahli perubatan mengatakan
'Oh penyakit ini tiada ubat' mestilah diperbetulkan tanggapan ini dengan
mengatakan ;'Oh saya belum ketemu penawar bagi penyakit ini'.
Walaupun kuman staphylococcus kelihatan tidak merbahaya pada
suatu keadaan dan boleh mengancam nyawa pada keadaan yang lain pula,
namun di dalam ilmu perubatan homeopathy bakteria ini mempunyai peranan
yang sangat besar dalam senarai ubat-ubat homeopathy yang sangat
berkesan. Penggunaan bahan-bahan ubat yang berpunca dari kuman penyakit
juga dikenali sebagai
nosode seperti Staphylococcin,
Streptococcin, Morbillinum, Medhorrinum, Syphilinum, Tuberculinum,
Pertussinum, Malandrinum, Vaccininum dan banyak lagi. Begitu juga
penggunaan ubat yang berpunca dari rembesan mukosa haiwan seperti
Adrenalin, Thyroidinum, Pepsinum, Pencreatinum dan sebagai lagi. Semua
ubat yang tersebut di atas disediakan secara
potentisation mengikut kaedah homeopathy dalam 'Minimal Dose'. Kaedah menggunakan kuman penyakit dan rembesan mukosa haiwan dipanggil
Isopathic. Isopathic ini mula diperkenalkan oleh
Johann Joseph Wilhelm Lux ( 1773-1849).
 |
| kaedah potentisation |
Melalui pengalaman saya mengubat pesakit MRSA adalah suatu
pengalaman yang mengujakan. Beberapa tahun lalu seorang rakan saya telah
mengalami demam yang melampau. Semua ubat seperti paracetamol dan
antibiotik tidak menjadi. Beliau dimasukkan ke Hospital besar Kemaman
kerana disyaki demam denggi. Namun doktor tidak dapat berbuat apa-apa
dan terpaksa transfer ke Hospital Tengku Ampuan Hafzan, Kuantan, Pahang.
Setelah hampir seminggu berada di hospital tersebut namun masih tidak
menampakkan perubahan kepada kesembuhan. Doktor mengesahkan beliau
mengidap Liver Abscess atau bisol pada hati. Antibiotik ditukar silih
berganti. Tubuh makin menyusut, suhu badan tidak turun-turun, muka
pucat, mata menguning, Selera terjejas dan makanan dirasakan semuanya
masin.
Saya menawarkan kepadanya untuk mencuba ubat homeopathy dan dia
setuju. Dari keseluruhan gejala-gejala penyakit saya sudah dapat memilih
beberapa penawar seperti China Officinalis, Hepar Sulphuris Calcarea,
Calcarea Sulp, Myristica Sebifera dan sebagainya, namun saya lebih
cenderung untuk memilih ubat yang bernama
Staphylococcinum 200.
Hasilnya setelah hanya satu dos diberikan (seingat saya hari khamis) dan
keesokan harinya suhu badannya kembali normal. Doktor memantaunya
beberapa hari berikutnya dan telah dibenarkan pulang setelah berpuashati
keadaan kawan saya itu. Sekembalinya di Kemaman Terengganu beliau terus
menghubungi saya untuk mendapatkan rawatan lanjut. Saya membekalkan
beberapa dos lagi ubat staphylococcin 200 dan Aconitum Napulus 6.
Setelah sebulan beliau mengambil ubat homeopathy beliau membuat ujian
ultrasound dan hasilnya beliau telah bebas dari idapan abscess pada
hati. Alhamdulillah.
Kes kedua melibatkan seorang lelaki berusia lewat 60an. Bermula
dengan pembedahan membuang batu karang, selang beberapa minggu beliau
mengalami demam yang tinggi. Setelah dirujuk kembali ke hospital dimana
dia melakukan pembedahan buah pinggang didapati beliau mengidap
jangkitan MRSA. Saya difahamkan beliau terpaksa melakukan pembedahan
membuang nanah pada buah pinggang sudah lebih dari tiga kali. Akhirnya
beliau datang ke klinik saya untuk menyelesaikan masalah tersebut.
Terima kasih kepada Allah yang telah menciptakan penyakit dan dengan
kuman penyakit itu jualah bertukar menjadi penawar yang hebat.
http://pusathomeopathy.blogspot.com/2011/07/staphylococcus-aureus-kuman-biasa-yang.html