Showing posts with label Episod Keracunan Makanan Di Selangor. Show all posts
Showing posts with label Episod Keracunan Makanan Di Selangor. Show all posts

Thursday, 4 April 2013

100 pelatih penolong penguasa bomba keracunan makanan

ARKIB : 04/04/2013 
 
KUALA LUMPUR 4 April - Kira-kira 100 pelatih penolong penguasa bomba di Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia, di Kuala Kubu Bharu, dekat sini dikejarkan ke Hospital Kuala Kubu Bharu setelah disyaki mengalami keracunan makanan malam tadi. - UTUSAN ONLINE


--- UTUSAN MALAYSIA

Wednesday, 20 February 2013

70 murid SK Bukit Kapar keracunan makanan


20 Februari 2013
KLANG - Seramai 70 murid Sekolah Kebangsaan Bukit Kapar keracunan makanan hari ini dan dua daripada mereka terpaksa mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Meru.

Pengarah Jabatan Pelajaran Selangor Mahmud Karim berkata, dalam kejadian itu, kesemua murid terbabit mengadu sakit perut selepas makan di kantin sekolah ketika waktu rehat pada 10.20 pagi tadi.

"Pihak pejabat kesihatan yang datang ke sekolah kemudian melakukan saringan kesihatan, dan hanya dua murid dihantar ke Klinik Kesihatan Meru.

"Kantin sekolah juga telah diarahkan ditutup sehingga 5 Mac depan bagi membolehkan siasatan dijalankan untuk mengenal pasti punca kejadian," katanya ketika dihubungi.

Sehubungan itu, beliau menyaran agar ibu bapa membekalkan makanan kepada anak masing-masing sepanjang penutupan kantin sekolah.

Sementara itu, tinjauan di sekolah berkenaan mendapati semua murid sesi pagi iaitu tahun 4,5 dan 6 telah pulang ke rumah masing-masing.

Usaha mendapatkan kenyataan daripada guru besar sekolah yang mempunyai kira-kira 2,000 murid juga gagal selepas beliau enggan ditemu bual.

Bapa seorang murid yang keracunan, Zamri Saadon, 36, berkata anaknya, Nornadiah Farhana, 12, mengadu sakit perut selepas makan nasi goreng di kantin sekolah.

"Ketika saya ambil anak saya selepas tamat waktu persekolahan pada pukul 1.30 petang, saya lihat anak saya dalam keadaan lemah dan tidak ceria.

"Anak saya bagaimanapun telah diberikan suntikan di sekolah. Ini merupakan kejadian keracunan pertama berlaku di sekolah ini," katanya. - Bernama

--- SINAR HARIAN