Melamin ada di mana-mana
Pendedahan kronik terhadap melamine boleh menjurus kepada penyakit kanser dan kerosakan sistem pembiakan, masalah mata, kulit dan gangguan pada sistem pernafasan.
MELAMIN tiba-tiba popular sejak sebulan lepas. Seluruh dunia seakan
mengalihkan tumpuan kepada bahan ini. Semuanya gara-gara skandal susu
yang berlaku di China sehingga mengakibatkan ribuan bayi tidak berdosa
merana dalam senyap.
Jumlah kes bayi-bayi Cina yang terlantar di hospital akibat tindakan
tidak bertanggungjawab pihak pengeluar formula susu tercemar itu
berganda hampir 13,000 orang. Malah, empat nyawa telah pun diragut
ekoran masalah batu karang dalam buah pinggang dan pelbagai komplikasi
kesihatan.
Berikutan daripada itu, sebahagian besar negara-negara Asia
mengharamkan dan menarik semula produk-produk tenusu keluaran negara
China.
|
|
Dalam ‘bencana’ tidak diduga ini, mungkin ada hikmahnya apabila
hampir satu dunia membuka mata terhadap bahan bernama melamin ini.
Apakah itu melamin? “Melamin bukan plastik. Tetapi ia sejenis bahan
kimia yang digunakan untuk membuat plastik,” kata Pegawai Farmasi Pusat
Racun Negara, Universiti Sains Malaysia (USM), Sazaroni Md. Rashid
ketika dihubungi Kosmo!.
Dalam industri penyediaan polimer untuk mengeluarkan pelbagai
rangkaian produk seperti fabrik, gam, barangan peralatan rumah dan
perencat api misalnya, melamin digunakan secara meluas.
Ia juga merupakan sejenis bahan kimia yang berupaya meningkatkan jumlah penghasilan produk.
Maka tidak hairanlah apabila pengeluar susu memilih jalan pintas
untuk mengaut keuntungan tanpa menghiraukan aspek keselamatan dan
kesihatan pengguna.
“Pencampuran melamin dalam susu tepung jenama Sanlu misalnya boleh
mengeluarkan produk tenusu yang rendah kosnya tetapi tinggi protein.
Cuma yang menjadi mangsa adalah bayi-bayi tidak berdosa itu,” katanya.
Hakikatnya, selama ini pun kita hidup dan bekerja dalam persekitaran yang ada melamine.
Malah sebelum skandal susu di China dikupas sedalam-dalamnya
baru-baru ini, melamin telah menjadi satu isu perdebatan pada awal tahun
2007.
Perdebatan itu berlaku apabila para saintis dan doktor haiwan
berusaha mengesahkan melamin bertanggungjawab meragut ratusan nyawa
binatang peliharaan akibat pencemaran makanan haiwan.
Biar pun begitu, melamin adalah bahan yang selamat. Syaratnya, jika pengambilan melamin tidak melebihi satu sukatan tertentu.
Terdapat laporan lain yang sekali gus membantah penggunaan melamin
sebagai bahan dalam makanan atau tujuan pengeluaran makanan haiwan.
“Garis panduan Pentadbiran Makanan dan Ubatan (FDA) Amerika Syarikat
(AS) menyatakan melamin yang dibenarkan adalah 0.63 miligram (mg) bagi
setiap kilogram badan untuk setiap hari.
“Jadi, melamin tidak toksik dalam kuantiti yang sedikit. Tapi dalam
contoh kes susu tepung jenama Sanlu di China, kandungan melamin yang
dicampurkan dalam susu telah pun melebihi had,” jelasnya.
|
|
Tambahnya, susu keluaran New Zealand (NZ) sebenarnya juga mengandungi
kandungan melamin tetapi pada kuantiti tidak merbahaya. Kementerian
Kesihatan NZ telah menetapkan had maksimum satu mg melamin sahaja bagi
setiap satu gram susu tepung keluaran negara tersebut.
Melamin yang digunakan dalam sebahagian besar produk pengguna sejak empat dekad lalu adalah bahan yang tidak larut dalam air. Namun, apabila digabungkan dengan asid sianurik ia akan menyebabkan batu karang buah pinggang.
Sazaroni berkata, pendedahan kronik terhadap melamin boleh menjurus kepada penyakit kanser dan kerosakan sistem pembiakan, masalah mata, kulit dan gangguan pada sistem pernafasan.
Melamin yang digunakan dalam sebahagian besar produk pengguna sejak empat dekad lalu adalah bahan yang tidak larut dalam air. Namun, apabila digabungkan dengan asid sianurik ia akan menyebabkan batu karang buah pinggang.
Sazaroni berkata, pendedahan kronik terhadap melamin boleh menjurus kepada penyakit kanser dan kerosakan sistem pembiakan, masalah mata, kulit dan gangguan pada sistem pernafasan.
Menurut saintis-saintis FDA, kandungan melamin dan asid sianurik
yang diserap ke dalam aliran darah akan berinteraksi membentuk batu
karang.
Selain dicampur dalam produk tenusu, melamin sebenarnya turut ditemui
dalam biskut, meja, baju malah haiwan ternakan seperti ayam.
“Secara tidak langsung, setiap daripada kita akan terambil melamin.
Kalau pinggan melamin yang digunakan dalam ketuhar mikro, maka kesan
tindakan haba akan memaksa melamin meresap ke dalam makanan.
“Begitu juga, apabila kita memerah jus menggunakan pemerah jus plastik yang ada melamin. Wang ringgit, baju, semua ada melamin.
“Racun serangga yang mengandungi melamin apabila disembur akan
dimakan oleh binatang ternakan. Apabila manusia mengambil daging
tersebut, maka, melamin memasuki tubuh kita juga,” katanya.
|
|
Nasihat Sazaroni, biarpun kita mungkin tidak dapat mengelak daripada
melamin dalam kehidupan, tetapi, ibu-ibu boleh memilih untuk menyusukan
anak mereka. Itulah satu-satunya cara untuk mengurangkan kesan langsung
kimia yang sangat penting dalam kehidupan ini.
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=1015&pub=Kosmo&sec=Kesihatan&pg=ke_02.htm#ixzz2NTe7G5Qr
Hakcipta terpelihara
Lain-lain Rujukan: http://paramedik.bbfr.net